Jom Singgah Sini =)

Tuesday 16 July 2013

[Menarik] Tibetan Mastiff: Baka Anjing Paling Mahal Di Dunia =D

Bagi kebanyakkan orang, anjing sering dianggap sebagai 'kawan rapat kepada manusia' dan merupakan haiwan yang paling setia..Oleh itu, tidak hairan lah jika terdapat ramai orang yang sanggup menghabiskan duit demi mendapatkan baka anjing yang paling baik..Namun, tahukah anda bahawa baka anjing jenis "Tibetan Mastiff" merupaka baka anjing yang paling mahal di dunia? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..


Baka anjing jenis "Tibetan Mastiff" merupakan baka rebutan bagi kalangan orang kaya di China hinggakan pada usia yang masih kecil, ia mampu mencecah harga setinggi 10 juta yuan (US$1.5 juta) sejak kebelakangan ini. 

Bagi yang tidak tahu, anjing ini merupakan baka purba yang berasal dari China Tengah. Mitos juga ada menceritakan yang Marco Polo telah menemui mereka sewaktu dalam perjalanan dalam lagenda Laluan Sutera dan menggambarkan baka anjing ini "tinggi seperti keldai dengan suara yang kuat seperti singa".

Walaubagaimana pun, selain dijadikan haiwan perliharaan, ia juga dijadikan sebagai anjing pengawal.


p/s: Nampak macam patung bulu pun ada..Hehehe =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...