Jom Singgah Sini =)

Tuesday 16 July 2013

[Gambar] Pig Island: Pulau Yang Dihuni Oleh Khinzir Di Kepulauan Bahamas =D

Bagi sesetengah masyarakat, khinzir mungkin dikategorikan sebagai sejenis haiwan yang banyak memberi manfaat kepada manusia bermula dari daging hingga lah kepada tulangnya..Berbeza dengan masyarakat Muslim, khinzir merupakan haiwan yang haram disentuh dan dimakan serta ia dikategorikan sebagai najis berat iaitu najis mughallazah..Namun, tahukah anda bahawa terdapat sebuah pulau yang hanya dipenuhi oleh haiwan ini? Kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..


Mereka yang amat menggemari akan haiwan ini mungkin berminat untuk mengunjungi pulau tersebut. Ia terletak di Exuma iaitu sebuah daerah dalam kawasan Kepulauan Bahamas yang merangkumi lebih daripada 360 buah pulau.

Mengikut sejarah masyarakat tempatan, khinzir-khinzir berkenaan telah diletakkan di pulau berkenaan oleh para pedagang silam sebagai stok makanan. Walaubagaimana pun, para pedagang tersebut tidak pernah kembali semula ke pulau berkenaan dan khinzir-khinzir tadi terselamat daripada dijadikan bahan makanan. 

Haiwan tersebut mampu bertahan lama dengan sumber makanan berlebihan yang dibuang oleh kapal yang melalui perairan tersebut. Pulau Khinzir (Pig Island) ini tidak didiami oleh manusia dan ia menjadi rumah kepada kira-kira 20 ekor khinzir serta beberapa ekor kucing liar dan kambing yang terdapat di pulau tersebut.


p/s: Err..Ada ke yang teringin nak singgah kat pulau ni, nanti kena samak pulak..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...