Jom Singgah Sini =)

Sunday 21 July 2013

[Kejam] Pony, Si Orang Utan Betina Dijadikan Pelacur Di Indonesia *0*

Kekejaman manusia terhadap haiwan makin menjadi-jadi..Kita sering membaca mengenai pemburuan haram haiwan liar yang berlaku di Sumatera, namun berita yang satu ini mungkin membuatkan orang tidak percaya..Hal ini berlaku di Kalimantan di mana seekor orang utan betina telah dijadikan pelacur di sebuah rumah pelacuran..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Orang utan betina yang di namakan Pony ini telah dijadikan objek pemuas nafsu bagi golongan lelaki yang tidak berperikemanusiaan di sebuah lokasi di Kerengpangi. Sebelum itu, ia telah dipelihara oleh seseorang yang tidak disebutkan namanya sebelum mencapai usia matang. 

Berdasarkan wawancara Vice.com dengan Pengarah Organisasi Penyelamat Orang Utan Borneo, Michelle Desilets, keadaan Pony ketika diselamatkan dari rumah pelacuran itu amat menyayat hati di mana ia telah dirantai, tidur di atas lantai malah keseluruhan bulu nya turut dicukur.

Pony juga seolah-olah telah dilatih untuk menjadi pelacur kerana apabila ada lelaki berjalan mendekatinya, ia akan bergaya seolah-olah seperti seorang pelacur wanita menjaja diri. Selain itu, penjaga Pony juga turut mendapat pendapatan yang berlipat kali ganda hasil dari kegiatan haram itu.

Dikatakan, golongan lelaki berhidung belang juga amat menyukai Pony bahkan selain melanggan pelacur wanita, ada juga yang turut melanggan Pony. Bagi menjamin keselesaan, seluruh bulu di tubuh orang utan itu dicukur hingga menyebabkan ia sering terdedah kepada gigitan nyamuk dan penyakit kulit lainnya.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai yang prihatin, operasi menyelamat telah dijalankan oleh pihak berkuasa. Walaubagaimana pun, proses menyelamat itu bukan lah sesuatu yang mudah kerana sindiket pelacuran turut mengancam dengan menggunakan senjata seperti pisau, dan juga senjata tempur AK-47.

Semasa Pony hendak dirampas dari penjaganya, dia menjerit dengan kuat dan menggelar pihak berkuasa tidak berperikemanusiaan kerana ia seolah-olah memisahkan "si ibu dari anaknya". 

"Apa yang membuatkan saya terkilan ialah tiada hukuman yang setimpal untuk sindiket ini di Indonesia. Mereka yang terlibat masih bebas berkeliaran tanpa sebarang hukuman," ujar Desilets.

Di Twitter juga, ramai pihak mengatakan bahawa manusia memang sudah rosak dari segala segi hingga haiwan juga dijadikan alat pemuas nafsu serakah mereka.


p/s: Bila otak manusia dah tak betul, tiada lagi sikap perikemanusiaan pada haiwan..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...