Jom Singgah Sini =)

Monday 22 July 2013

[Hebat] SABRE: Enjin Roket Teknologi Tinggi Yang Mampu Bawa Manusia Ke Angkasa Dalam 15 Minit *0*

Enjin roket seperti yang kita tahu hanya digunakan pada roket yang akan dilancarkan ke angkasa lepas..Namun, dengan teknologi pada hari ini, sebuah roket berkuasa tinggi akan dipasang pada sebuah kapal terbang angkasa khas yang boleh membawa manusia ke angkasa lepas hanya dalam tempoh masa 15 minit..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Reaction Engines, iaitu sebuah teknologi yang boleh membantu mempercepatkan pesawat yang sedia ada sehingga mencapai lima kali ganda lebih laju dari kelajuan bunyi. Dengan teknologi, ia di katakan dapat membawa manusia hingga ke stratosfera Bumi hanya dalam masa 15 minit. 

Pihak syarikat ini juga merancang untuk menggunakan teknologi ini pada "spaceplane" yang mampu mencapai kelajuan hingga 3,500 batu sejam yang dikenali sebagai Skylon.

Menurut pihak The Daily Mail, reka bentuk enjin SABRE ini menggunakan sistem paip yang dipenuhi dengan helium. Udara akan melalui paip-paip ini dan helium akan membantu membuang haba yang terhasil. Apabila berada di angkasa, enjin ini akan bertukar mod kepada enjin roket.

Ini bermakna kapal terbang yang menggunakan enjin berkenaan mampu bergerak di orbit selama kira-kira 36 jam dan boleh juga digunakan untuk melancarkan satelit, contohnya.

Video:



p/s: Tidak mustahil untuk manusia melancong ke angkasa lepas pada masa akan datang..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...