Jom Singgah Sini =)

Thursday 13 June 2013

[Menarik] Mesin Jualan Minuman Ringan Paling Nipis Di Dunia Dari Coca-Cola =D

Seperti yang kita tahu, mesin jualan minuman ringan (vending machine) boleh didapati di merata-rata tempat dan sering mendapat perhatian umum kerana saiz nya yang besar terutamanya apabila musim panas..Kini, lupakan saiz yang asal kerana syarikat pengeluar minuman ringan terkemuka di dunia, Coca-Cola telah mereka sebuah mesin jualan yang paling nipis di dunia..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Coca-Cola telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak Ogilvy & Mather Paris iaitu sebuah spa kecantikkan yang terkenal di Perancis untuk mengeluarkan mesin layan diri yang tampak lebih seksi yang juga diberi nama sebagai "Slender Vender".

Syarikat  minuman ringan itu juga telah mengiklankan mesin jualan minuman ringan yang langsing itu di laman sesawang YouTube dengan frasa: "Diet Coke kelihatan indah dengan gaya hidup seseorang -  begitu juga dengan Slender Vender". Iklan tersebut merupakan satu kenyataan yang ketara dalam mensasarkan persepsi psikologi kepada pengguna. Mesin layan diri ini juga dengan serta-merta mampu mencerminkan Diet Coke tanpa melihat produk yang sebenar.

Sudah tentu ia merupakan idea yang cemerlang dari sebuah syarikat yang telah berkembang pesat selama lebih daripada satu abad ini. Walaubagaimana pun, masih belum diketahui sama ada mesin ini akan diperkenalkan di spa-spa kecantikkan berhampiran anda tidak lama lagi.


Video:


p/s: Celah-celah dinding pun boleh muat ni =)

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...