Jom Singgah Sini =)

Sunday, 21 April 2013

Syarikat LG Perkenal Mesin Basuh Tanpa Menggunakan Air =D

Lazimnya, syarat utama bagi mengoperasikan mesin basuh adalah dengan mempunyai bekalan air yang secukupnya..Namun kini, pihak syarikat pengeluar barangan elektrik terkemuka dunia, LG telah mengeluarkan generasi terbaru mesin basuh di mana ia beroperasi tanpa menggunakan bekalan air..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Pihak LG kini telah mengeluarkan beberapa produk terbaru yang menarik. Salah satu di antaranya adalah mesin basuh yang tidak menggunakan air. Naib Presiden Kanan bagi pihak LG Electronics Home Appliance Division, Kevin Cha berkata, "Pada tahap ini, kita masih tak mampu menegenal pasti sama ada ia akan beroperasi sepenuhnya tanpa air atau hanya hampir tidak berair. Ia masih di peringkat awal pembangunan dan pada tahap rahsia."

Satu lagi model LG yang dikenali sebagai Styler akan diumumkan di CES pada tahun ini, di mana produk ini akan berfungsi untuk "menyegarkan" pakaian tanpa sabun atau air. Produk tersebut akan menerima beberapa proses naik taraf yang akan ditetapkan oleh pihak syarikat. 

Pihak LG juga bercadang untuk membangunkan sejenis prototaip peti ais terbaru yang boleh   mengekalkan suhu sejuk selama 6 jam tanpa menerima apa-apa bekalan kuasa elektrik. Ia kelihatan seperti pihak LG ingin mengisi ruang rumah anda dengan teknologi terbaru dan terkini dalam masa terdekat.


p/s: Kalau mesin basuh yang pakai air pun bau busuk tak hilang, ini kan pula tanpa guna air..Tak tahu la..


2 comments:

Unknown said...

cari pengwapan kot...pakaian tu diwapkan...mcm org mandi sauna..hehe

shuttet said...

camtu ekk? =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...