Jom Singgah Sini =)

Monday, 22 April 2013

[Biadap] Lelaki Ini Seru Bunuh Umat Islam Dalam Twitter Berhubung Pengeboman Di Boston *0*

Peristiwa pengeboman di Boston yang telah mengorbankan seramai 3 orang telah mendapat liputan meluas media massa di seluruh dunia..Walaupun kadar kematian berikutan pengeboman tersebut tidak seteruk seperti yang berlaku di Palestin pada saban hari, seorang lelaki ini telah menyeru agar umat Islam yang tinggal di Amerika Syarikat dibunuh menerusi laman sosial Twitternya..Nak kenal siapa lelaki biadap tersebut, meh usha kat bawah ni..


Minggu lalu, dunia telah dikejutkan dengan dua peristiwa di mana kedua-duanya mempunyai persamaan sebagai sebuah tragedi kemanusiaan yang cukup menyedihkan. Tragedi tersebut adalah, pertama bencana gempa bumi yang terjadi di Iran yang telah menelan korban hingga lebih dari 250 orang dan kedua adalah ledakan bom di Boston yang membunuh seramai 3 orang.

Dari dua peristiwa tersebut, sudah tentu yang paling banyak diberitakan adalah peristiwa pengeboman di Boston kerana baik media tempatan mahupun media antarabangsa, tragedi di Boston yang hanya menyebabkan 3 orang terbunuh adalah yang paling "menyedihkan" sedangkan kedua-duanya merupakan tragedi kemanusiaan dan apa yang terjadi di Iran korbannya jauh lebih besar. Lebih parah lagi, beberapa golongan yang tidak bertanggungjawab sudah membuat tuduhan bahawa ledakan tersebut berpunca daripada mereka yang menganut agama Islam.

Tidak lama selepas berlakunya ledakan bom di Boston, Amerika Syarikat, sebuah media sayap kanan milik jaringan Yahudi Zionis, Fox News menyeru agar semua umat Islam di Amerika Syarikat dibunuh. Erick Rush, seorang penganalisis dan pengulas media dari Fox News melalui akaun Twitternya menyeru agar seluruh umat Islam dibunuh selepas menuduh penganut agama tersebut merupakan dalang di sebalik peristiwa berdarah tersebut yang membunuh 3 orang dan mencederakan 100 yang lain.

Ketika ditanya oleh pengguna Twitter yang lain dengan pertanyaan "Apakah dalang yang melakukannya adalah benar-benar penganut agama Islam?" Rush menjawab: "Ya..!! mereka jahat, mari kita bunuh mereka semua" demikian melalui tweetnya di mana Rush memperlihatkan kebenciannya terhadap golongan Muslim dengan kata-kata yang sangat "sarkastik". Namun tidak lama kemudian, Rush menghapuskan tweetnya itu.

Tweet yang ditulis Rush tersebut mendapat banyak komen dari sesama pengguna Twitter. Responnya terdiri daripada pelbagai kelompok dan golongan. Rush menerima banyak kritikan bahkan banyak pengguna Twitter lainnya menyampaikan kemarahan mereka melalui komen terhadap tweet Rush yang di anggap kontroversial tersebut.


p/s: Kalau kamu tak reti nak hormat agama dan bangsa lain..Jangan harap orang nak hormat kamu dan agama kamu..Pray for Boston for only 3 people died?? Nonsense..Its better for me to pray for Gaza's people where thousands of them have been killed for this long period of time..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...