Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 24 April 2013

[Gambar] Burger McDonalds Tetap Elok Walaupun Sudah 13 Tahun Disimpan *0*

Setiap makanan mempunyai tahap ketahanan yang terhad dan oleh kerana itu, ia perlu di makan secepat yang mungkin..Namun, jangan terkejut kerana terdapat burger milik syarikat makanan segera terkemuka dunia iaitu McDonalds mampu bertahan selama 13 tahun dan masih berada dalam keadaan seperti baru dibeli..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Seorang lelaki dari Utah, Amerika Syarikat telah menemui burger McDonalds yang dibelinya pada tahun 1999 yang lalu. Lelaki yang dikenali sebagai David Wipple telah menemui semula burger yang disimpannya itu dalam saku jaketnya. Dia kemudiannya berazam untuk meneruskan kajiannya bahawa terdapat bahan pengawet yang kuat telah digunakan bagi mengekalkan tekstur asal burger tersebut.

"Itu tindakan yang tidak disengajakan," ujar Wipple dalam sebuah program TV, The Doctors. Dia memutuskan untuk menyimpan burger tersebut sebagai satu koleksi peribadinya.

Menurutnya lagi, dia menemui burger tersebut yang masih lagi berada di dalam bungkusan kertas McDonalds termasuk resit pembeliannya. 

Katanya lagi, burger tersebut tidak mempunyai sebarang tanda-tanda pereputan, kulat dan bau-bau yang tidak menyenangkan. Satu-satunya benda yang telah hancur atau berubah adalah sayur jeruk di dalamnya.

Wipple akan menjadikan burger tersebut sebagai salah satu nasihat kepada cucu-cucunya agar memakan makanan yang berkhasiat.

"Ini bagus untuk saya, anak-anak saya dan cucu-cucu saya untuk dilihat. Ini salah satu contoh apa yang terjadi ke atas makanan segera," katanya.


p/s: Kalau makanan macam ni masuk dalam perut kita, agak-agak ambik masa yang lama tak untuk dihadamkan?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...