1. Animal Farm (1954)
Sebagai filem animasi pertama buatan Barat, Animal Farm versi animasi ini mempunyai kekuatan tersendiri dari sisi cerita. Animasi ini telah diadaptasi dari sebuah novel karangan George Orwell. yang telah dianggap sebagai karya paling berpengaruh pada zamannya. Kisah animasi ini mempunyai genre alegori politik yang diberi label "X" sewaktu saat perlancarannya. Filem ini tidak sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 tahun ke bawah. Meskipun watak di dalam filem animasi ini di monopoli oleh watak haiwan, ia masih terdapat banyak adegan kekerasan dan juga bahan hiburan dewasa.
2. Fantastic Planet (1973)
Filem metafora animasi ini mengisahkan tentang pendudukan Soviet Union ke atas Cekoslovakie. Kisahnya berkisar tentang seekor raksasa biru yang menjadikan manusia sebagai haiwan perliharaan hingga pada suatu ketika, kaum manusia menyerang kembali. Animasi ini merupakan hasil karya Prancis Rene Laloux, yang telah memperoleh Hadiah Khas Juri pada Cannes Film Festival 1973.
3. Watership Down (1978)
Filem animasi ini telah diadaptasi dari sebuah novel epik fantasi karya Richard Adams. Ia mengisahkan tentang sekelompok arnab yang perlu meninggalkan tempat tinggal mereka dan mengembara mencari tempat tinggal yang baru. Meskipun kisahnya adalah metafora yang melambangkan perjuangan manusia, namun tema dan visualisasinya sangat kelam dan tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.
4. Akira (1988)
Industri perfileman animasi Jepun memang terkenal dengan siri animasi untuk golongan dewasa. Setelah banyak filem animasi yang dikeluarkan, Akira menjadi salah satunya. Filem animasi ini telah menjadi inspirasi bagi penggiat animasi lainnya. Pengarahnya, Katsuhiro Otomo menggambarkan sebuah dunia yang kacau bilau dengan permulaan zaman cyberpunk. Kisahnya sendiri berkisarkan tentang perjuangan sekumpulan geng motorsikal dan seorang pemuda berkuasa psikik yang perlu bertahan dalam dunia tersebut. Sudah pasti, di dalam animasi ini terdapat adegan kekerasan yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak.
5. Princess Mononoke (1997)
Filem animasi ini dinilai oleh Studio Ghibli (studio animasi paling besar di Jepun) yang mempunyai tema paling dewasa di antara filem animasi lainnya. Filem ini menekankan pentingnya hubungan manusia dengan alam sekitar. Berkat tema berat tersebut, filem animasi ini menjadi antara kedua yang terlaris di Jepun. Sama seperti karya Hayao Miyazaki yang lainnya, tema feminisme begitu terasa sekali. Tidak dilupakan, terdapat beberapa adegan pertarungan yang memaparkan adegan berdarah yang keterlaluan.
6. Metropolis (2001)
Diinspirasi dari karya berjudul sama yang dikarang oleh Fritz Lang pada tahun 1927 dan sebuah manga yang diterbitkan pada tahun 1949. Muzik latar nya juga disertakan dengan muzik jazz versi penuh. Kisahnya mengisarkan tentang kekacauan yang terjadi di saat dunia ini dihuni bersama oleh manusia dan robot.
7. Waking Life (2001)
Filem animasi ini telah dicipta oleh seorang juru animasi dari Amerika, Richard Linklater. Proses filem animasi ini dianggap unik kerana telah terlebih dahulu dirakam secara live action dan kemudiannya diproses khusus oleh pasukan animasi dengan menggunakan komputer. Filem ini tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak berikutan dialog yang digunakan sangat filosofis dan provokatif.
8. Triplets of Belleville (2003)
Animasi asal dari Perancis ini turut memasuki pencalonan Oscar sebagai Filem Animasi Terbaik pada zamannya. Filemnya mengisahkan tentang seorang nenek yang berusaha untuk menyelamatkan cucunya yang sangat obses dengan kegiatan mafia. Dalam proses menyelamat, nenek ini telah dibantu oleh sekumpulan pemain muzik jazz yang sudah tua. Walaupun tanpa dialog, filem ini mengabungkan visualisasi retro dan muzik yang menarik. Sudah tentu, ia tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
9. Persepolis (2007)
Filem ini telah diadaptasi dari sebuah karya novel grafik yang dikarang oleh Marjane Satrapi. Kisah nya mengenai autobiografi sang penulis tentang masa kecilnya yang dihabiskan semasa berlakunya revolusi Iran. Maka, tema terbesarnya adalah sejarah politik Iran, namun filem ini juga banyak mengisahkan tema lain seperti puberti, agama, cinta dan hubungan kekeluargaan. Semua itu disajikan dalam filem animasi hitam putih yang sangat artistik ini.
10. Waltz With Baschir (2008)
Ini merupakan filem animasi pertama yang dikeluarkan pihak Israel sejak tahun 1962. Filem animasi ini tidak lain dan tidak bukan merupakan filem dokumentari seorang lelaki yang hidup semasa perang Lubnan pada tahun 1982. Ia mengambil masa selama 4 tahun untuk dibuat. Sudah pasti, tema peperangan tidak sesuai untuk golongan kanak-kanak.
p/s: Mengenai anime ni, aku tak tahu nak komen apa sebab aku sendiri tak pernah tengok lagi..Tapi kalau anime yang berjudul Elfen Lied, itu anime yang paling berdarah setakat yang aku pernah tengok selama ni..
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment