Jom Singgah Sini =)

Friday 15 February 2013

[Video] Hujan Meteor Seperti Dalam Filem 'Armageddon' Landa Rusia, 400 Orang Cedera..

Bagi anda yang pernah menonton filem sains fiskyen dari Hollywood berjudul 'Armageddon', pasti anda ingat satu babak di mana terdapat hujan meteor yang menghentam dan menimbulkan huru-hara..Kini, kejadian seumpama itu benar-benar berlaku di sebuah kawasan di Rusia..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Moscow - Meteor dari angkasa menimpa Rusia pagi ini (waktu tempatan) menyebabkan bola  api dan mencederakan lebih 400 orang di selatan negara itu.

Jurucakap pihak berkuasa Chelyabinsk berkata, sembilan orang telah dimasukkan ke hospital. Kebanyakkan mereka cedera disebabkan terkena serpihan kaca yang pecah.

Agensi berita tempatan, RIA Novosti melaporkan, sekurang-kurangnya tiga lagi kritikal, juga akibat terkena kaca pecah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu.

Menurut laporan agensi berita utama, Itar-Tass, satu cahaya terang berwarna putih muncul di langit untuk beberapa saar diikuti dengan bunyi "bang" yang sangat kuat seperti letupan.

Itar-Tass melaporkan, letupan itu berpusat di 50 batu (80 kilometer) dari bandar Satka, di Chelyabinsk.

Sementara itu, pegawai kecemasan Rusia berkata, meteor telah musnah selepas sebahagiannyaterbakar ketika berada di atmosfera lebih rendah berbanding daerah Ural.

Pemerhati langit mendakwa kejadian yang berlaku mempunyai signifikasi dengan kejadia Tunguska yang terkenal pada tahun 1908 di kawasan terpencil Siberia apabila asteroid yang memasuki atmosfera dan meletup sehingga memusnahkan pokok di seluruh kawasan seluas 820 kilometer persegi - kira-kira dua pertiga saiz Rhode Island.

Dalam kejadian itu, secara keseluruhan, kira-kira 80 juta pokok telah ditebang.


Video:


p/s: Akhir zaman, macam-macam bencana yang berlaku..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...