Jom Singgah Sini =)

Thursday 14 February 2013

[Terkini] Pihak Pentagon Wujudkan Pingat Baru Untuk Juruterbang Pesawat Drone *0*

Sebelum ini, pihak Tentera Udara AS hanya akan menganugerahkan pingat keberanian kepada tenteranya yang bertugas secara langsung di lapangan di seluruh dunia..Namun kini, pingat-pingat keberanian juga akah diberikan kepada mereka yang bertugas di lapangan dari jarak jauh seperti juruterbang pesawat drone..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Bagi anda yang bagus dalam permainan video, anda mungkin mendapat peluang pekerjaan yang bagus dalam bidang ketenteraan di Amerika Syarikat serta mendapat pingat untuk keberanian anda.

Menurut pihak Pentagon, mereka kini dalam proses untuk mewujudkan pingat baru dalam dalam peringkat tertinggi tentera yang akan mengiktiraf juruterbang pesawat drone. Walaubagaimana pun, ia menimbulkan kontroversi di kalangan pegawai tentera di mana pingat baru ini akan diletakkan pada taraf yang lebih tinggi berbanding pingat-pingat lain yang diberikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan secara langsung.


Ini bermakna, walaupun anda merupakan merupakan tentera yang terlibat dalam menerbangkan pesawat drone dan hanya bertugas di belakang tabir, anda tetap akan menerima pingat yang hampir sama dengan taraf pingat 'Distinguishes Flying Cross' yang diberikan kepada anggota tentera yang berjuang bermati-matian di medan perang.


"Pingat ini diberi untuk tujuan mengiktiraf penglibatan realiti peperangan teknologi pada abad ke-21", kata Leon Panetta, Setiausaha Pertahanan semasa memberitahu pemberita di Washington, Rabu lalu.

Pingat baru ini akan diberikan mengikut kriteria tertentu seperti mensasarkan kejayaan individu tertentu pada masa yang kritikal.


p/s: Kerja macam main video game pun boleh dapat pingat..Best ni..Hahaha


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...