Jom Singgah Sini =)

Tuesday 29 January 2013

[Video] Iklan IKEA Yang Timbulkan Kemarahan Kaum Pondan Di Thailand *0*

Barangan dari IKEA sememangnya terkenal dengan produknya yang mudah dan mampu dipasang sendiri oleh pembeli..Walaubagaimana pun, iklan dari jenama ini yang telah disiarkan di Thailand telah menimbulkan kemarahan golongan transgender atau pondan di sana..Nak tahu sebab apa, meh baca kat bawah ni..


BANGKOK - Seorang lelaki bersama teman wanitanya sedang membeli-belah di sebuah kedai perabot. Sebaik teman wanitanya melihat ada jualan murah tilam dia menjadi teruja, dan suara kewanitaannya hilang tiba-tiba bertukar menjadi suara garau seperti lelaki. 

Terkejut dan ketakutan, teman lelakinya kemudian melarikan diri. 

Iklan oleh IKEA ini, penjual perabot terbesar di dunia akhirnya telah menimbulkan kemarahan sekumpulan pondan Thai yang mendakwa iklan tersebut sebagai "negatif dan stereotaip" dan telah "melangar hak asasi manusia" menurut kenyataan dalam satu surat terbuka kepada syarikat gergasi berasal dari Sweden ini. 

Iklan 20 saat yang ditunjukkan di dalam YouTube dan di dalam kereta api Bangkok pada Disember dan Januari ini bertajuk "Luem AEB" ("Terlupa Sembunyi"), didakwa tidak menghormati transeksual, dan Perikatan Transgender Thai telah menuntut penjelasan daripada IKEA. 

Golongan pondan atau "Ladyboys" yang diterima secara meluas di Thailand merupakan perkara biasa dalam industri fesyen, kecantikan dan hiburan, tetapi tidak diiktiraf secara rasmi sebagai wanita. 

Seorang Pegawai Pemasaran IKEA di Thailand, yang membuka gedung pertama di negara itu pada bulan November 2011 berkata telah bercakap dengan kumpulan tersebut pada 9 Januari lalu. 

"IKEA telah bercakap kepada kumpulan melalui telefon dan perbualan itu berlangsung dengan sangat baik. Kini kami sedang mendraf surat sebagai jawapan balas," kata pegawai itu yang tidak mahu dikenal pasti.

Video:

Sumber: PulakDah

p/s: Adoyai, macam-macam hal =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...