Jom Singgah Sini =)

Tuesday 29 January 2013

[Hebat] Saintis Temui Planet Mirip Bumi, Berkemungkinan Mempunyai Hidupan Lebih Maju *0*

Penemuan planet yang boleh di diami manusia mungkin menjadi satu impian para saintis terutamanya apabila berlaku masalah di planet Bumi suatu hari nanti..Walaubagaimana pun,  golongan saintis di Eropah telah berjaya menemui planet berkenaan..Nak tahu apa planet tersebut, meh usha kat bawah ni..



Sekumpulan saintis Eropah telah menemui sebuah planet mirip Bumi di luar sistem solar kita yang diberi nama Gliese 581c. Apa yang merungsingkan mereka, sekiranya terdapat hidupan di planet berkenaan, ia mungkin mempunyai peradaban yang lebih maju berbanding  yang terdapat di Bumi.

Walaubagaimana pun, memandangkan planet tersebut telah berputar dan wujud lebih lama daripada matahari, kemungkinan terdapatnya kewujudan peradaban yang lebih maju mungkin tidak mejadi suatu perkara yang mustahil.

Cara yang paling sesuai bagi memastikan sendiri taraf kehidupan yang terdapat di planet berkenaan adalah dengan membuat perjalanan yang jauhnya kira 20 tahun cahaya di mana masih tiada lagi teknologi seumpama itu yang di bina.

Para saintis berpendapat, ketidakupayaan teknologi untuk mengembara ke planet berkenaan mungkin masih merupakan berita baik untuk planet Bumi.


Video:

p/s: Entah apa rupa makhluk kat sana pun tak tahu la..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

3 comments:

Unknown said...

Maaf kan saya..Pendapat sya...ini satu pembohongan, even ada hidupan disana mana mungkin lebih hebat dari manusia :)...btw lihatlah sainstis tu pun manusia...sedangkan cerita/report ini pon dikeluarkan oleh mereka...makhluk yg bijak tu adalah sainstis tu hehe sebab bijak menipu kita dgn cerita mcm ini...sedangkan dorang pun tak pernah sampai kesana :) renung-renungkan...10 yang disampaikan mungkin 1 sahaja yang benar..

Unknown said...

Setuju Daeng...cuma ramalan dan angan2 utk mnidakkan tuhan

shuttet said...

ada makhluk lain ka tak dak ka kat planet lain, itu rahsia alam semesta yang kita tak mampu nak huraikan..hanya Tuhan sekalian alam sahaja yang tahu..sekiranya kita percaya akan kewujudan para malaikat dan syaitan, syurga dan neraka, tidak mustahil sekiranya kita percaya ada kewujudan makhluk lain di luar sana =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...