Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 30 January 2013

[Fakta] Senjata Rahsia Yang Tak Pernah Disiapkan

Manusia merupakan bangsa yang suka membangunkan senjata demi kepentingan diri-sendiri bagi mengancam mana-mana negara atau agama yang dianggap sebagai ancaman terhadap kewujudannya..Hal ini telah membawa sesebuah kerajaan untuk membelanjakan sejumlah wang yang banyak bagi membangunkan senjata walaupun senjata yang dibangunkan tidak masuk akal dan dianggap 'gila' di mana akhirnya ia hanya mampu disiapkan setengah jalan dan tidak disiapkan dengan sempurna..Nak tahu apa jenis senjata tersebut, meh usha kat bawah ni..

1. Bom Nuklear Lunar
Juga dikenali sebagai Projek 119-A iaitu sebuah program yang dibangunkan untuk mengebom Bulan dengan menggunakan senjata nuklear bagi menaikkan moral dikalangan penduduk Amerika Syarikat selepas berjaya menyaingi Soviet Union dalam perlumbaan angkasa. Walaubagaimana pun, ia tidak pernah dilaksanakan kerana mengambil langkah untuk meletakkan seorang manusia di Bulan adalah lebih baik daripada cuba untuk meletupkannya.

2. Kapal Pengangkut Pesawat Aisberg
Juga dikenali sebagai Projek Habakkuk di mana pihak Britain telah membangunkan pelan semasa Perang Dunia Ke-2 untuk membangunkan sebuah kapal pengangkut pesawat pykrete (kapal campuran kayu, besi dan ais). Ia mengambil suatu tempoh masa yang lama untuk menyedari bahawa ia merupakan satu pembaziran sumber dan menenggelamkan idea tersebut dari dibangunkan.

3. The Flying Dorito
A-12 Avenger II juga dikenali sebagai "The Flying Dorito". Ia merupakan pesawat pengebom 'stealth' yang dibangunkan bagi menggantikan pesawat Grumman A-6 Intruder yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin. Pembangunan pesawat A-12 telah berdepan masalah lebihan kos dan kelewatan dalam pembuatan telah membawa kepada pembatalan projek ini pada tahun 1991 dengan pembaziran kos sebanyak US$5 Billion.

4. Alat Pemusnah Dunia Pihak Soviet
Ada pihak yang mengatakan ia hanya mitos, namun pada tahun 1990-an, beberapa bekas pegawai tinggi tentera Soviet Union dan bekas ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis dalam satu siri wawancara dengan pihak kontraktor pertahanan Amerika Syarikat, BDM mengakui akan kewujudan alat tersebut yang digelar "The Dead Hand". Dikatakan mungkin masih beroperasi sepenuhnya, ia merupakan sistem kawalan nuklear secara automatik yang mampu melancarkan peluru berpandu balistik antara benua Rusia (ICBMs) sekiranya serangan nuklear dikesan dalam bentuk seismik, cahaya, tahap keradioaktifan dan tekanan yang melampaui batas. Walaubagaimana pun, kelemahan terhadap bentuk serangan ini telah dikesan dan menggagalkan operasinya.

5. Kapal Terbang Yang Tidak Mendarat
Selain mempunyai pesawat yang mampu mendarat dan berlepas daripada kapal pengangkut pesawat, pihak tentera juga mahukan sedikit kelainan dan daripada itu, Salmon XFV telah dibangunkan di mana pesawat ini akan mendarat dengan menggunakan ekornya. Selepas beberapa siri ujian dan penyelidikan, projek ini telah dibatalkan dengan alasan tiada satu pun juruterbang yang mampu mendaratkan pesawat dengan menggunakan ekor secara menegak.

6. Penceroboh Masa Hadapan
Bayangkan sebuah pesawat pengebom yang direka mampu membawa bom nuklear serta terbang pada ketinggian 15 Kilometer dari paras laut dengan kelajuan 3 kali ganda kelajuan bunyi. Pesawat B-70 Valkyrie sepatutnya mampu menjadi pesawat pengebom impian pada masa hadapan namun dengan beberapa siri masalah seperti kos yang tinggi, penambahbaikan altitud pada senjata peluru berpandu permukaan-ke-udara, dan pengenalan peluru berpandu balistik antara benua (ICBMs) telah membawa kepada pembatalan projek pesawat ini pada tahun 1961. Dua rekaan prototaip pesawat ini sempat digunakan namun satu daripadanya telah terhempas berikutan perlanggaran di udara pada tahun 1966.

7. The Thunderscreesh
XF-84H merupakan pesawat eksperimen turboprop yang dikuasakan dengan enjin turbin yang digabungkan dengan enjin kipas supersonik. Berikutan terlampau banyak kelemahan dari segi aerodinamik dan tahap kebisingan enjin yang terlampau tinggi, iaitu mampu didengar sehingga 25 batu jauhnya sehingga membawa kepada sakit loya yang teruk dikalangan krew penerbangan telah membawa kepada pembatalan projek ini.

p/s: Idea dan rekaan yang pelik, namun tak mustahil ia bakal terlaksana suatu hari nanti..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

3 comments:

::aMaD:: said...

damn!suka post ni.

stealth mmg dah lama wujud kan.

ade pulak boleh darat secara menegak.angin tak tiup ke.

mcm dlm cerita2 la biasanya nak letupkan itu ini.mgkin idea dari hand bomb russia tu.

agak2la nk letupkn bulan.ape dapat?

shuttet said...

ciptaan-ciptaan ni semua sangat misteri, tambah2 rahsia "The Dead Hand" tu..rasa macam Rusia dok simpan lagi ciptaan diorang tu..

Gombug said...

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...



Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...



Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...



Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...



Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...



SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...



Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...