Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 26 December 2012

[Video] Roller Coaster Yang Direka Untuk Membunuh *0*

Roller coaster sememangnya merupakan salah satu permainan yang menyeronokkan yang boleh didapati di taman-taman tema di seluruh dunia..Namun, roller coaster juga mungkin boleh digunakan sebagai alat untuk menjatuhkan hukuman mati..Agak pelik kan? Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Hukuman mati yang dijatuhkan dengan menaiki roller coaster mungkin agak pelik untuk untuk didengar namun siapa sangka, ia boleh menjadi realiti. Seorang jurutera yang berasal dari Lithuania, Julijonas Urbonas telah mengemukakan idea untuk mencipta sebuah roller coaster yang dikenali sebagai "Euthanasia Coaster" khusus yang boleh membawa keseronokkan yang tidak terhingga dan kematian.

Konsep rekaan nya sangat mudah iaitu "anda naik dan anda mati". Apa yang menakutkan mengenai roller coaster ini adalah perjalanannya selama 3 minit dimana 2 minit yang pertama akan dihabiskan dengan perjalanan secara perlahan-lahan mendaki ke bahagian puncak.

Apabila telah berada di bahagian atas, anda masih lagi boleh memilih sama ada mahu meneruskannya atau berhenti. Setelah membuat pilihan untuk meneruskannya, anda akan dijatuhkan pada kelajuan tinggi dan melalui laluan gegelung. Gerakan berputar ini akan memberi daya emparan yang sangat tinggi yang boleh membuatkan darah daripada mengalir ke arah otak, akibat kekurangan oksigen, ia boleh membawa kepada kematian.

Menurut Dr. Peter Saunders dari organisasi Care Not Killing berkata, "Orang yang sakit, warga tua, orang kurang upaya, mereka yang mengalami tekanan akan meminta untuk kematian awal"



Video:


p/s: Macam-macam..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

2 comments:

Unknown said...

macam-macam.
bila dah bijak sgt mcm nila jadinya.

shuttet said...

bijak untuk benda merapu bro..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...