Jom Singgah Sini =)

Monday, 17 December 2012

[Unik] Mandian Bir Untuk Lelaki Di Belarus =D

Mandian air panas mungkin kedengaran agak biasa dan tiada apa yang kelihatan menarik..Namun, bagi mereka yang mahukan kelainan, terdapat sebuah pusat mandian di Belarus yang menggunakan bir sebagai bahan asas mandian mereka..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Seorang lelaki di Minsk, Belarus telah mencipta suatu perniagaan yang luar biasa. Dia telah membuka sebuah pusat kecantikkan pertama untuk kaum lelaki dan akhirnya mula mendapat perhatian besar-besaran hasil daripada spa mandian bir.

20 minit sebelum ketibaan pelanggan, pihak spa akan mengisi sebuah bekas mandian kayu khas dengan 100 liter air dan 20 liter bir. Prosedur penyediaan yang digunakan amat senang dan mudah untuk dilakukan.

Menurut pihak spa, bir dikatakan kaya dengan Vitamin B yang baik untuk kulit dan rambut. Selain itu, mandian tersebut dapat membantu menyembuhkan sakit sendi dan mempunyai kesan antibakteria. Anda hanya perlu membelanjakan sebanyak US$35 untuk satu mandian.


p/s: Orang Islam jangan sesekali nak cuba..Ambil sebagai satu ilmu pengetahuan sudah =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...