Jom Singgah Sini =)

Tuesday 18 December 2012

[Gambar] Lampu Meja Yang Boleh Dimakan =D

Lampu meja merupakan perkakas elektrik yang amat penting terutamanya bagi golongan yang suka membaca buku hingga larut malam..Walaubagaimana pun, kini terdapat rekaan konsep lampu meja dimana ia boleh dimakan sekiranya korang sudah berasa bosan..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Lampu meja yang digelar "The Bite Me" ini telah direka oleh seorang pereka dari New York iaitu Victor Vetterlein di mana lampu ini diperbuat daripada bahan plastik yang boleh dimakan dan mudah terurai.

Rekaan konsep ini walaupun kelihatan agak pelik sedikit, ia membolehkan anda untuk memakan lampu tersebut daripada membuangnya merata-rata apabila anda telah bosan menggunakannya.

Lampu LED yang dilekatkan bersama lampu meja tersebut perlu dikeluarkan dan rendamkan lampu meja itu di dalam air bagi melembutkannya. Apabila telah lembut, lampu meja berkenaan akan kelihatan menyerupai gula-gula jelly "gummy bear" dan ia sedia untuk dimakan.


p/s: Gamak tak ada 'kudap-kudap' waktu study, bedal lampu meja pun boleh..Hehehe =D


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...