Jom Singgah Sini =)

Sunday, 25 November 2012

[Video]: Spa Minyak Mentah Di Azerbaijan =D

Lazimnya, di sesebuah spa yang terkenal, mereka akan menggunakan kaedah-kaedah seperti menggunakan bunga, mandian susu, urutan badan dan lain-lain lagi yang mampu memberikan keselesaan dan kelegaan pada tubuh badan..Namun, di sebuah klinik di Naftalan, 160 batu dari Baku, ibu negara Azerbaijan, telah mengamalkan kaedah terapi yang menggunakan minyak mentah..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Azerbaijan merupakan salah sebuah negara pengeksport minyak terbesar di dunia sejak berabad-abad lamanya. Bahan mentah yang mudah terbakar di negara itu dikatakan ada terlalu banyak sehinggakan mereka menggunakan lebihan tersebut untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Semuanya bermula di sebuah klinik, yang dikenali sebagai Klinik Naftalan di mana kebanyakkan rakyat bekas negara Soviet Union itu serta rakyat negara lain seperti UAE dan Eropah sanggup menghabiskan wang mencuba kaedah mandian minyak mentah ini bagi mengubati penyakit kulit, rheumatism, arthritis, dan saraf. Para doktor mengesahkan yang mandian minyak mentah ini mampu mengubati penyakit dalam 100 keadaan yang berbeza.

Dalam proses mandian minyak mentah ini, pelanggan dikehendaki berendam di dalam takungan minyak mentah sebanyak 35 gelen ini pada suhu 40 darjah Celcius. Ramai yang mengatakan suhu minyak yang panas dan hangat mampu menenangkan sendi-sendi badan. Walaubagaimana pun, seseorang pelanggan tidak boleh berendam lebih daripada 10 minit bagi setiap sesi berikutan kandungan minyak mentah yang mempunyai hampir 50% kandungan naphthalene yang disifatkan oleh pihak EU sebagai berbahaya kepada tubuh badan manusia.

Namun, para doktor di sini mendakwa ramai pelanggan telah mendapatkan rawatan di sini semenjak setahun yang lalu dan tiada antara mereka yang mengalami sebarang komplikasi berkaitan mandian minyak mentah tersebut. Namun, demi langkah berjaga-jaga, had masa mandian tidak melebihi 10 minit itu tetap dikuatkuasakan.

Menurut Dr. Aliff Zulfugar, Pengurus Klinik Naftalan, minyak mentah yang digunakan dalam terapi ini merupakan minyak mentah yang terlalu 'berat' untuk digunakan oleh sektor industri, jadi ia digunakan untuk tujuan klinikal. Kebanyakkan minyak ini akan dipanaskan terlebih dahulu sebelum diletakkan di dalam takungan mandian dan rawatan lain juga turut disediakan di klinik tersebut. 

Selain itu, resin yang terekstrak daripada minyak mentah itu turut disapukan pada seluruh tubuh pelanggan bagi membantu membantu kelancaran sistem saraf, peredaran darah dan mengurangkan sakit sendi.

Para kakitangan di Klinik Naftalan akan memastikan yang para pelanggan akan dibersihkan sepenuhnya selepas rawatan mandian selesai dijalankan.


Video:


p/s: Kalau kat Malaysia, minyak banyak-banyak ni sumbat dalam tangki kereta pun bagus..Hehehe =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...