Jom Singgah Sini =)

Tuesday 23 October 2012

[Video]: LG Cipta Ilusi Lif Paling Menakutkan Di Dunia =D

Apakah perasaan korang kalau naik lif dan tiba-tiba sahaja lantai lif tu terkopak dan mula jatuh ke bawah? Mesti takut kan? Walaubagaimana pun, kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku setakat ini lagi dan pihak LG, salah sebuah syarikat barangan elektrik terkemuka di dunia ingin membawakan kepada pengguna lif akan pengalaman seumpama itu..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Mengalami pengalaman di mana lantai lif terkopak dan jatuh satu per satu ke bawah semasa anda menaiki lif mungkin merupakan perkara paling buruk yang boleh berlaku dan pihak LG  ingin semua orang merasai mimpi ngeri ini dengan aksi terbaru mereka.

Mereka menggunakan sembilan monitor IPS keluaran terbaru bagi menjayakan ilusi ini apabila butang lif ditekan dan pintu lif telah tertutup. 

Bagi menambahkan ketakutan anda, lif tersebut juga dilengkapi dengan kerlipan lampu dan bunyi logam seperti terkoyak jatuh. Seperti yang anda boleh lihat dalam video di bawah, tiada siapa yang dapat menjangka situasi ini dan bertindak sewajarnya. Namun apa yang pasti, semua orang ketawa apabila mengetahui ia adalah sekadar gurauan.

Video:

p/s: Kreatif juga cara diorang kenakan orang..Hahaha =D
  
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...