Jom Singgah Sini =)

Tuesday 9 October 2012

[Video] Lebah Perancis Hasilkan Madu Berwarna Biru Selepas Makan Sisa Coklat M&M *0*

Kebiasaannya, madu yang di hasilkan oleh sekumpulan lebah akan berwarna kuning keemasan..Namun, di Perancis, sebuah ladang lebah yang terletak di Ribeauville, Perancis telah menghasilkan madu lebah yang berwarna biru..Ganjil bukan? Nak tahu macam mana madu seperti itu terhasil, meh usha kat bawah ni..



Penjaga lebah di Perancis di kawasan pekan Ribeauville telah perasan sesuatu yang ganjil di mana lebah-lebah jagaan mereka mula menghasilkan madu yang berwarna biru, hijau dan merah pada musim panas ini dan tidak tahu bagaimana kejadian ini berlaku.

Setelah diselidik, hal ini berlaku disebabkan lebah-lebah berkenaan telah memakan sisa-sisa daripada kilang pengeluar coklat, M&M yang berhampiran.

Syarikat pengeluar coklat itu kemudiannya menerbitkan kenyataan mereka di dalam akhbar Perancis, La Monde di mana mereka akan menyimpan semua sisa-sisa daripada kilang berkenaan ke dalam bekas yang kedap udara dan memproses nya dengan pantas.

Madu berkenaan, yang sukar untuk dijual berkemungkinan akan menyebabkan lebih banyak masalah kepada penjaga lebah berikutan keadaan musim sejuk yang teruk dan kadar kematian lebah yang semakin meningkat.

Video:

p/s: Entah apa la rasa madu tu kan..Hehehehe =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...