Jom Singgah Sini =)

Wednesday 10 October 2012

[Gambar]: Urutan Ular Yang Menyegarkan Di Israel *0*

Perkhidmatan mengurut lazimnya akan menggunakan khidmat pengurut lelaki dan wanita yang berpengalaman luas dalam bidang ini bagi memberi kelegaan yang maksimum kepada para pelanggan di samping dengan menawarkan pelbagai jenis pakej urutan yang menarik..Namun di Israel, nampaknya, pengurut yang akan mengurut badan pelanggan di sana bukan lah seorang manusia, malah beberapa ekor ular..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Sebuah spa kesihatan dan kecantikkan di Israel yaeng terletak di bahagian Utara Israel telah menawarkan perkhidmatan terbaru untuk para pelanggannya. Perkhidmatan yang ditawarkan merupakan salah satu jenis urutan yang pelik di mana pihak spa mereka akan menggunakan ular untuk mengurut pelanggan mereka.

Spa yang di miliki oleh Ada Barak yang terletak di Talmei Elazar, Israel ini mula menawarkan khidmat urutan ular ini selepas menemui nilai terapeutik selepas membiarkan orang ramai memegang ular.

Ada kini menggunakan gabungan ular bersaiz besar dalam urutan dalam dan ular yang bersaiz kecil untuk urutan ringan, dan kebanyakkan ular yang digunakan dijamin tidak beracun.


p/s: Macam-macam cara teknik mengurut dok ada =,='


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...