Jom Singgah Sini =)

Thursday, 25 October 2012

[Video] Doktor Itali Kantoi Cabul Pesakit *0*

Profesion sebagai seorang doktor sememangnya dianggap sebagai satu kerjaya yang mulia pada pandangan masyarakat..Namun, bagaimana jika seorang doktor mengkhianati profesion nya dengan mengambil kesempatan terhadap pesakitnya sendiri, terutamanya pesakit perempuan? Haa, kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Kamera tersembunyi sebuah stesen televisyen berjaya merakamkan aksi seorang doktor yang dikatakan sering mengambil kesempatan terhadap pesakitnya di Rome Itali. 

Dalam insiden tersebut, doktor itu jelas kelihatan meraba seorang wanita yang datang untuk mendapatkan rawatan di klinik lelaki berkenaan. 

Kamera tersembunyi itu memang sengaja dipasang oleh krew televisyen untuk sebuah program berjudul ‘Striscia La Notizia’. 

Peristiwa tersebut dilaporkan secara meluas oleh media Itali bulan lalu. 

Menurut laporan, ketika doktor tersebut sedang asyik ‘mendiagnosis’ pesakitnya, Jimmy Ghione, wartawan stesen televisyen itu terus meluru masuk ke bilik rawatan. 

Doktor tersebut yang marah dan malu terus menyerang Ghione. 

Stesen televisyen tersebut merancang untuk ‘mengenakan’ doktor berkenaan yang didakwa telah banyak kali mencabul para pesakitnya. 

Malah, ‘pesakit’ yang diraba doktor tersebut ketika rakaman itu dilakukan juga merupakan krew yang menyamar. 

Menurut laporan akhbar, doktor tersebut sempat memberitahu ‘pesakitnya’ itu supaya jangan risau kerana dia tidak akan membuatkan wanita itu hamil.



Video:

Sumber: DuniaCarcaMarba

p/s: Nama ja doktor, perangai tak professional langsung..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...