Jom Singgah Sini =)

Monday, 15 October 2012

[Unik]: Muzium Tandas Di India =D

Kalau cerita pasal tandas, semua orang akan sedia maklum mengenai kegunaan tempat tersebut..Tapi, pernah ke korang melawat muzium tandas? Kini, pengalaman tersebut telah ditawarkan oleh Sulabh Toilet Museum di New Delhi, India..Nak tahu apa yang ada di sana, meh usha kat bawah ni..


India merupakan salah satu negara yang sering mempunyai masalah berkaitan kualiti air dan kumbahan. Walaubagaimana pun, disebabkan hal itu lah yang telah menjadi tulang belakang untuk menubuhkan muzium tandas satu-satu nya yang pertama di dunia.

Sulabh International Social Service Organization merupakan sebuah organisasi yang menfokuskan pada masalah kumbahan di bahagian pedalaman India termasuk dalam penyediaan tandas awam dan umum. Di sini, para pelancong boleh melihat koleksi tandas dari pelbagai tempat dan zaman.

Penaung organisasi ini, Dr Bindershwar Pathak telah mendirikan muzium ini di sekitar kawasan ibu pejabat pusatnya di Mahavir Enclave, Palam Dabri Road, New Delhi.

Selain koleksi tandas dari India, mereka juga mempunyai koleksi tandas dari luar negara. Sepanjang anda berada di sini, anda akan melihat pelbagai tandas unik yang pernah digunakan oleh orang ramai.

Pada bahagian luar muzium, anda boleh melihat sendiri jenis-jenis tandas yang dicipta oleh Sulabh dan hanya memerlukan US$25 untuk dibina. Selain itu, anda juga boleh melihat sendiri sistem penyaringan tandas umum yang bersih ciptaan Sulabh.

Mesin-mesin yang dicipta juga mampu mengestrak bahan-bahan nutrien dari kotoran manusia dan mengolahnya nya semula untuk digunakan bagi menyiram tanaman dan sebagainya.

Muzium ini akan dibuka pada setiap hari Isnin dan Rabu, mulai pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang dan masuk adalah percuma.


p/s: Sesuai jadi destinasi perlancongan ni..Hehehe..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...