Jom Singgah Sini =)

Monday, 22 October 2012

[Terkini]: Aplikasi AES Detector Untuk Telefon Pintar Adroid =D

Semenjak beberapa minggu yang lalu, heboh di dalam media massa dan elektronik mengenai pelan kerajaan pusat dengan kerjasama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengenai pemasangan kamera perangkap laju, Automatic Enforcement System (AES) di sepanjang jalan raya di negara kita..

Ironinya, majoriti daripada rakyat Malaysia menentang kaedah tersebut yang dianggap sama seperti 'saman ekor'..Menyedari mengenai masalah ini, seorang warganegara Malaysia yang prihatin telah mencipta satu aplikasi yang membolehkan pengguna mengesan lokasi kamera AES melalui telefon pintar mereka..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Berita baik bagi pengguna Android. Satu aplikasi telah pun dicipta oleh seorang warga Malaysia bagi membolehkan anda mengesan lokasi kamera AES berada.

Aplikasi ini akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta anda berada sewaktu memandu di lebuhraya.

Aplikasi ini juga akan membunyikan signal amaran sebaik sahaja kereta anda memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut.

Apa yang anda perlukan ialah cuma pasang ON GPS di peranti Android anda dan install juga Adobe AIR supaya ianya dapat berfungsi dengan baik.


Klik di sini untuk Download (Android)


Ni pulak kempen bantah kamera AES versi kelakar. Jom tengok =D

Video:

p/s: Bagi pengguna iPhone, korang jangan risau, aplikasi AES Detector untuk iPhone pun ada jugak =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...