Jom Singgah Sini =)

Sunday 21 October 2012

[Gambar]: Teman Wanita Baru Usain Bolt =D

Usain Bolt yang juga dikenali sebagai "Lightning Bolt" merupakan atlet terkenal dalam acara balapan di mana beliau telah berjaya memegang rekod dunia sebagai pelari yang paling pantas di dunia..Dengan saham diri nya yang semakin meningkat, tidak hairan lah jika beliau mampu menarik perhatian para gadis terutamanya gadis yang bernama Megan Edwards ni..Nak tahu adakah gadis ini merupakan teman wanita kepada Usain Bolt, meh baca kat bawah ni..


Mengikut maklumat yang diterima, lelaki paling pantas di dunia, Usain Bolt dikatakan telah mempunyai seorang teman wanita yang juga merupakan atlit junior Britain, Megan Edwards.

Bolt dan Edwards pertama kali bertemu ketika kedua-dua mereka menjadi model bagi sesi fotografi memperagakan jersi Olimpik pasukan Jamaica sebelum acara sukan tersebut bermula.

Menurut sumber daripada The Sun, Bolt telah meraikan kejayaannya dalam meraih tiga pingat emas di acara sukan Olimpik bersama dengan Edwards.

"Semua orang cuba mendekati beliau, tambah-tambah golongan gadis-gadis. Tetapi Usain hanya mempunyai mata untuk seorang gadis sahaja pada malam itu dan ia adalah Megan. Megan berada bersama Usain sepanjang malam."

Edwards, seorang atlit junior daripada Kelab Olahraga Dartford Harriers, merupakan gadis yang sangat bertuah. Bolt kini dianggarkan bernilai kira-kira US$35 juta dolar.


p/s: Untung la badan..Hehehe =D



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...