Jom Singgah Sini =)

Saturday, 13 October 2012

[Gila] Love Joule: Bar Untuk Perempuan Masturbasi *0*

Masturbasi atau perlakuan onani yang sering kali dianggap sebagai perkara dilarang, kini telah berubah menjadi satu perkara biasa..Hal ini terbukti dengan pembukaan bar di Jepun yang khusus bagi kaum perempuan untuk melakukan aktiviti tersebut..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


Kini, di Jepun, bar bukan sahaja boleh menjadi tempat untuk mencari 'ketenangan' bersama alkohol malah juga menjadi tempat untuk melampiaskan nafsu seksual.

Love Joule, sebuah bar pertama di Jepun yang didedikasi kan sebagai tempat khusus untuk para wanita. Seperti yang dilaporkan Tokyo Reporter, pemilik bar ini berharap para wanita yang menjadi pelanggan di sini mampu bersikap lebih terbuka mengenai masturbasi.

Dengan pelbagai aksesori yang disediakan, agak sukar bagi pelanggan yang berkunjung untuk menahan diri daripada tidak bercakap mengenai kegunaannya, atau tertarik untuk menggunakannya.

Seperti yang dipetik Huff Post, Megumi Nakagawa menjelaskan, bar yang direka bentuk dengan pelbagai warna dan terletak di daerah Shibuya ini lebih kepada bar cinta dan seks yang sengaja direka untuk para wanita.

"Setelah duduk, pengunjung akan mengalami satu perasaan yang menyenangkan di mana mereka boleh berbincang mengenai masturbasi secara terbuka. Kebanyakkan wanita sebelum ini melihat masturbasi sebagai sesuatu yang pelik dan dilarang, dan bukan lah topik yang sesuai dibicarakan di bar umumnya." ujarnya.

Bar ini nampaknya menjadi semakin terkenal seiring dengan berkembang nya filem-filem porno di Tokyo. Bahkan, bekas pelakon lucah seperti Nayuka Mine dan Sayo Hayakawa juga dikatakan sering hadir ke bar ini. Seorang wartawan dari laman web tempatan, Bikyamasr.com tertarik untuk mengunjungi bar ini sambil berbual dengan beberapa orang pengunjung lainnya.

Untuk kelihatan benar-benar ekslusif untuk golongan wanita, kaum lelaki dilarang masuk ke dalam bar ini. Lelaki hanya boleh masuk itu pun dengan keperluan untuk mendampingi seorang wanita (teman wanita). Para lelaki yang tidak mempunyai teman wanita hanya boleh tertanya-tanya mengenai apa yang berlaku di dalam bar berkenaan.

Berikut merupakan butir-butir mengenai bar tersebut:
■LOVE JOULE Information 
Address: 1-17-9 Dogenzaka, Shibuya, 
Tokyo Access: 7 minutes walking from Shibuya Station 
Tel: 03-3461-1792 Hours: 19:00-24:00, 
Closed Mon, Sun & Holidays 
※Women and couples only

p/s: Err, macam ni punya bar pun ada ka? =,='

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...