Pada bulan September setiap tahun, bandar La Quebrada akan mengadakan satu sambutan bagi mengingati Santa Efigenia, seorang tokoh keramat yang merupakan hamba Afrika yang sangat dihormati di Peru, menurut Associated Press.
Sebahagian daripada sambutan La Festival Gastronomico del Gato (Pesta Masakan Kucing), sebuah pesta makan daging kucing bagi memperingati masa lalu apabila penjelajah awal telah terpaksa makan daging kucing bagi meneruskan hidup. Puluhan ekor kucing telah diternak khas bagi menyambut festival itu, lapor BBC.
Pelbagai pilihan hidangan termasuk kucing rebus pedas dan kucing panggang dengan herba huacatay asli, serta dagingnya yang dikatakan mempunyai rasa yang sama dengan daging arnab.
Pihak PETA pernah mengecam festival ini agar berhenti daripada menganiaya haiwan pada tahun 2008, namun nampaknya ia tidak memberi sebarang kesan.
Beberapa penduduk tempatan mendakwa daging kucing tersebut boleh menyembuhkan penyakit bronkitis dan meningkatkan kesuburan.
Video:

No comments:
Post a Comment