Jom Singgah Sini =)

Wednesday, 17 October 2012

[Video]: Serangan Kanibal Dalam Keretapi Bawah Tanah Di China? *0*

Kanibalisme sememangnya terkenal sebagai satu fenomena di mana satu makhluk lain akan makan makhluk yang sama spesies dengannya, dan dalam isu ini, ia melibatkan manusia..Di China, kini heboh mengenai satu serangan dalam kereta api bawah tanah yang dikatakan dilakukan oleh seorang kanibal terhadap mangsanya..Nak tahu kesahihannya, meh baca kat bawah ni..


Seorang pesara guru yang di Guangzhou, China telah menyerang dengan ganas seorang lelaki yang lebih muda di tempat duduk dalam kereta api bawah tanah pada hari Isnin yang lalu, di mana mangsa telah digigit berulang-ulang kali sehingga berlumuran darah.

Kejadian itu sempat dirakam oleh seorang penumpang perempuan yang seterusnya memuat naik video berkenaan ke dalam laman web China, Sina Weibo, lapor China Daily.

Pesara guru yang berumur 67 tahun dan hanya dikenali sebagai "Chen" dikatakan menaiki kereta api berkenaan pada jam 8.30 pagi menurut Sina.com.

Lelaki muda yang berumur 28 tahun dan hanya dikenali sebagai "Wu" itu pula dikatakan telah menolak Chen ketika berebut tempat duduk.

Chen kemudiannya memaki hamun Wu kerana tidak menghormati golongan tua sepertinya , ujar seorang saksi kepada New Express Daily menurut terjemahan China Daily. Perempuan tersebut berkata lelaki tua itu kemudiannya menumbuk Wu dan menimbulkan kekecohan sebelum ia tamat dengan kejadian gigit-menggigit oleh Chen seperti di dalam video itu.

Saksi memberitahu yang orang awam lain cuba untuk memberhentikan pergaduhan tersebut, namun ia menjadi semakin teruk dan tidak terkawal menyebabkan mereka takut untuk berbuat apa-apa.

Kedua-dua lelaki tersebut, Chen dan Wu hanya mengalami kecederaan ringan menurut Sina.com seperti yang diterjemahkan oleh Southern Metropolis Daily.

Mereka tidak menghadapi sebarang tuduhan jenayah, dan kedua-dua nya telah memohon maaf atas tindakan mereka itu. Walaubagaimana pun, video tersebut telah mendapat liputan yang meluas dengan mengaitkan terdapat lelaki kanibal menyerang dalam kereta api bawah tanah.

Video:


p/s: Aku ingat ada kanibal menyerang betul-betul tadi =,='

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

3 comments:

plain83 said...

OMG.. pakcik itu mmg ada masalah kronik, agaknya dia mmg pantang kot kalo ade bebudak muda tak hormat kat org tua ("*A*)..

shuttet said...

orang tua yang mungkin pantang dicabar..

impian terlena (sara) said...

tahu tak pe .. bebudak zaman sekarang kan memang tk hormat org .. segelintir lahh , hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...