Jom Singgah Sini =)

Wednesday 3 October 2012

[Gambar]: Kepala Lelaki Ni Tersangkut Dalam Tong Sampah Selama 15 Minit =D

Sebuah kejadian yang mencemaskan telah menimpa seorang lelaki gelandangan apabila kepalanya tersangkut pada tong sampah selama 15 minit..Nak tahu cerita dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


Kejadian ini berlaku pada hari Ahad di kawasan umum Castlegate di Aberdeen, Scotland. Lelaki gelandangan ini terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba apabila kepalanya tersangkut pada tong sampah.

Lelaki malang itu tersangkut selama lebih kurang 15 minit sebelum kepalanya dapat dilepaskan dengan bantuan gergaji elektrik.

Seorang pejalan kaki yang lalu berhampiran Aberdeen's Justice Street terus meminta bantuan apabila berita mengenai lelaki malang itu tersebar di Twitter.

Jurucakap pihak bomba dan penyelamat Grampian berkata, lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Jurucakap pihak polis Grampian berkata,"Kami masih kurang pasti tentang apa yang dicari lelaki tersebut di dalam tong sampah itu dan sama ada barang yang dicari nya telah dijumpai semula."

"Kami juga mengesahkan bahawa tiada sebarang tuduhan jenayah berhubung kejadian tersebut."


p/s: Kesian lelaki ni..Dah la kepala tersangkut, jadi bahan gelak dalam Twitter pulak..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...