Jom Singgah Sini =)

Monday 29 October 2012

[Gambar] Jangkitan Akibat Cakaran Kucing *0*

Bagi mereka yang gemar membela dan bermain dengan kucing, di cakar oleh kucing sememangnya merupakan perkara yang biasa berlaku..Kebanyakkan mereka yang dicakar akan menganggap ia sebagai satu "gurauan manja" daripada seekor kucing, namun tidak ramai yang tahu bahawa cakaran "gurauan manja" tersebut mampu memberi jangkitan yang serius..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


Sekiranya anda membela kucing, tidak mustahil bagi anda mengalami jangkitan daripada cakaran kucing. Jangkitan ini disebabkan oleh sejenis bakteria iaitu Bartonella henselae yang biasanya terdapat pada kucing yang masih muda.

Walaupun setiap ekor kucing mampu menyebarkan jangkitan tersebut, namun risiko penyebaran paling tinggi adalah daripada kucing rumah. Jangkitan ini boleh tersebar melalui luka cakaran dan gigitan. Tanda-tanda awal jangkitan adalah seperti dibawah ini:

- Mengalami kesakitan atau gelembung di tempat yang dicakar atau digigit oleh kucing dalam masa 10 hari.
- Demam
- Tanda kemerah-merahan di kawasan luka.
- Luka tidak sembuh dengan sempurna.
- Muntah, rasa keletihan yang luar biasa dan mengalami cirit-birit.
- Mengalami bengkak limfa selama lebih daripada 2-3 minggu.

Walaubagaimana pun, jangkitan ini tidak bermakna anda harus mengasingkan kucing anda dan menghalangnya daripada bersosial dengan kucing lain. Mereka hanya mempunyai masalah pembawa jangkitan hanya ketika masih kecil sahaja. Apa yang anda perlu lakukan adalah lebih berhati-hati semasa tempoh tersebut.


p/s: Jaga-jaga..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...