Jom Singgah Sini =)

Monday 29 October 2012

[Fakta] 6 Bandar Yang Bergelumang Dengan Dosa *0*

Bagi sesetengah bandar yang ada di dunia, pesta seks, arak dan pelacuran sememangnya menjadi pusat tumpuan pelancong yang berkunjung di seluruh dunia di samping dapat menjana pendapatan ekonomi yang lumayan..Kalau korang nak tahu kat mana tempat-tempat tu, meh usha kat bawah ni..

1. Pattaya, Thailand - Bandar Seks
Pattaya adalah syurga seks paling banyak dikunjungi di dunia. Pertunjukkan seks dan tarian transeksual merupakan tarikan utama pelancong di bandar yang terletak di pesisir Teluk Thailand, sebelah Tenggara Bangkok ini. Anda tidak perlu menunggu malam jika ingin mencari pelacur. Mereka boleh ditemui 24 jam di sini. Pondan cantik juga ditawarkan di sepanjang jalan di bandar Pattaya ini.

2. Manama, Bahrain - Bandar Pesta
'Selamat Datang ke Pesta Oasis Timur Tengah', itulah ucapan selamat datang yang bakal anda terima jika berkunjung ke Manama, Bahrain, sebuah kawasan yang dekat dengan Arab Saudi. Sekiranya di Arab Saudi, kerajaan mengeluarkan undang-undang yang ketat dalam menghalang rakyatnya melakukan pesta di negara tersebut, namun di Manama, semua perkara boleh di runding. Ingin clubbing atau pesta seks? Usah risau kerana di Manama hal tersebut adalah perkara biasa dan sah. Walaupun bandar ini dikenali dengan jumlah penduduk Muslim terbesar di kawasan padang pasir, namun sejak 2001, bandar ini sudah mulai mengamalkan sikap liberal dalam penerimaan budaya Barat.

3. Las Vegas, US - Bandar Judi
Las Vegas merupakan syurga bagi kaki judi. Semua orang boleh berjudi tak kira waktu sama ada siang atau malam. Hampir seluruh wilayah Las Vegas menyediakan tempat untuk berjudi, walaupun belum sah di sisi undang-undang sepenuhnya, para pelacur sudah lama menjadi daya tarikan aktiviti di setiap kasino. Walau apa latar belakang pengunjung, Las Vegas tetap menjadi tempat persinggahan terbaik di Amerika. 'Go and Sin', itulah moto bagi industri judi yang dikendalikan di Las Vegas.

4. Rio de Jeneiro, Brazil - Bandar Topless
Wanita di Brazil rata-ratanya memiliki persona wajah dan kecantikan yang luar biasa. Tidak hairanlah jika kebanyakkan Top Super Model dunia berasal dari sini. Cuba anda kunjungi pantai-pantai di sana, kebanyakkannya mempunyai wanita yang bertelanjang pada bahagian dada sedang lalu lalang sambil bersuka ria. Suasana semakin liar ketika matahari terbenam di sudut pantai. Sejumlah rumah pelacuran juga didirikan di tepi pantai bagi mereka yang ingin memuaskan nafsu. Pelacuran adalah industri yang sah di bandar ini. Jika tiba musim karnival, muzik dan wanita seksi akan membawa anda lebih jauh ke alam fantasi.

5. Moscow, Rusia - Bandar Clubbing
Apa yang terjadi apabila negara komunis bertukar wajah? Masyarakatnya kini telah mengalami kejutan budaya dan menjadi histeria. Itu yang berlaku di Moscow,Rusia. Setiap kelab malam di sana akan memainkan muzik techno hardcore hinggalah ke muzik rock. Hampir semua anak muda Moscow menghabiskan waktu di kelab-kelab malam ini. Jika ingin mendapatkan teman sosial, hampir semua kelab malam menyediakan perkhidmatan ini. The Hungry Duck, bar yang menganjurkan Ladies Night tiga kali seminggu serta penari bogel selama 24 jam. Pelacuran sememangnya dilarang di Moscow dan biasanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

6. Amsterdam, Belanda - Bandar Marijuana
Amsterdam memiliki puluhan kafe marijuana, salah satu jenis dadah. Marijuana, rokok dan dadah serta yang lainnya merupakan perkara yang sah di sisi undang-undang di negeri kincir angin ini. Tidak ada peraturan yang menyebutkan benda-benda terlarang tersebut perlu dijalankan dengan mengikut prosedur tertentu. Kebebasan ini juga di rasakan oleh mereka yang mengamalkan seks sesama jenis. Mereka dengan bebas meng'ikrar'kan hubungan sesama jenis tersebut. Mereka di sana juga tidak meyakini Tuhan itu wujud, jadi tidak ada yang mempersoalkan perkara tersebut di Amsterdam.

Sumber: BudakKampungKita

p/s: Jangan ada yang teringin nak pergi sudah la, takut tak terkawal nafsu nanti..Muehehehe =D



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...