Jom Singgah Sini =)

Friday 21 September 2012

[Video] The Popinator: Penembak Popcorn Yang Diaktifkan Oleh Suara =D

Menikmati makanan ringan seperti popcorn dan gula-gula sememangnya menjadi kegemaran semua orang terutamanya apabila korang cuba menikmatinya dengan cara melambungkan makanan ringan tadi ke udara dan menangkapnya dengan mulut..Tapi, cuba korang bayangkan jika ada sebuah mesin yang boleh melakukan tugasan tersebut dan korang hanya perlu duduk di kerusi dan menyebut 'POP' dan makanan ringan korang akan ditembak masuk ke dalam mulut..Kalau nak tahu apa rupa mesin tu, meh usha kat bawah ni..


Sebuah syarikat yang dinamakan Popcorn Indiana telah mencipta sebuah mesin yang dinamakan "The Popinator". Mesin kecil ini akan mendengar bunyi panggilan "POP" yang dikeluarkan oleh seseorang itu dan menganggarkan jarak untuk menembak popcorn ke dalam mulut orang itu. Ia merupakan suatu tindakan yang mudah berdasarkan kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini.

Sudah tentu, saiz setiap kepingan popcorn adalah berbeza, jadi beberapa tembakan yang dilakukan memerlukan sedikit pergerakan kecil daripada badan si pengguna bagi memastikan popcorn yang ditembak masuk ke dalam mulut.

Walaubagaimana pun, projek ini masih lagi dalam fasa ujian jadi, buat masa ini, tiada butiran mengenai harga atau pembelian yang boleh diperolehi. Berdasarkan video di bawah, alat ini akan menjadi sempurna dalam menghidupkan suasana mesyuarat atau parti syarikat.


Video:



p/s: Syok la sapa ada mesin ni nanti..Kerja nganga mulut je, makanan gerenti sampai..Hahaha =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...