Jom Singgah Sini =)

Thursday, 20 September 2012

[Video]: Cara Nak Panjangkan Hayat Katrij Dakwat Pencetak Hanya Dengan 1 Langkah =D

Bagi korang yang mempunyai pencetak di rumah, korang rasa bosan tak bila masa nak buat kerja je, benda pertama yang akan muncul dekat skrin komputer korang adalah pemberitahuan mengenai katrij dakwat korang nak habis? 

Dengan masalah tersebut, mungkin korang terpaksa menangguhkan dahulu kerja tersebut bagi membeli katrij dakwat yang baru..Kini, apa yang korang perlu ada bagi menyelesaikan masalah tersebut adalah dengan sebatang pin..Nak tahu macam mana? Meh usha kat bawah ni..


Kebanyakkan pencetak inkjet sama ada dari keluaran Canon, HP dan LEXMARK (bukan Epson) menggunakan inkjet haba; dalam setiap pembahagian takungan dakwat adalah elemen pemanas berupa plat logam kecil atau perintang.

Sebagai respons yang diberikan kepada pencetak, aliran kecil arus elektrik yang melalui logam atau perintang akan menjadikan ia panas, dan dakwat yang terdapat di sekitar plat yang dipanaskan akan segera mengewap dalam bentuk gelembung-gelembung kecil di dalam muncung.

Kemudiannya, jumlah dakwat yang terbentuk akan keluar melebihi muncung dan setiap satu dakwat ini akan dipaksa keluar dari muncung katrij ke atas kertas. Proses yang dinamakan mencetak ini akan mengambil masa beberapa milisaat.

Jika anda boleh menetapkan semula memori ini, maka anda boleh kekal mencetak sehingga katrij benar-benar kosong. Bergantung kepada model dan jenis katrij, reset semula ini merupakan perkara yang benar-benar mudah.

Sekiranya anda melihat pada bahagian atas papan litar kecil pada katrij, akan ada butang reset yang kecil, yang boleh dicucuk dengan menggunakan pin.

Video:

p/s: Tengok-tengok la kalau boleh, tips ni bergantung jugak pada jenama printer dan katrij dakwat korang..Kalau tak boleh, nak buat macam mana =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...