Jom Singgah Sini =)

Tuesday 25 September 2012

[Video] Lelaki Berkahwin Dengan Seekor Kucing *0*

Haiwan perliharaan selalunya dibela untuk dijadikan penghibur hati..Namun, sekiranya  korang membela haiwan perliharaan untuk dijadikan seorang 'isteri', itu mungkin ada sesuatu yang tidak kena..Itu lah yang berlaku di Jerman apabila lelaki ini sanggup 'mengahwini' kucingnya untuk dijadikan 'isteri'..Nak tahu dengan lebih lanjut,meh usha kat bawah ni..


Seorang lelaki, Uwe Mitzscherlich dari Possendorf baru-baru ini dikatakan sanggup berkahwin dengan kucing perliharaannya. Menurut BBC, lelaki tersebut yang juga seorang doktor haiwan berkata dia mahu berkahwin dengan kucingnya, Cecilia dengan segera memandangkan haiwan tersebut tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup.

Walaubagaimana pun, disebabkan berkahwin dengan haiwan merupakan suatu perkara yang menyalahi undang-undang di Jerman, lelaki berusia 39 tahun itu terpaksa membuat satu majlis perkahwinan yang pelik dan terpaksa membayar sebanyak $395 kepada seorang pelakon bagi menjayakan perkahwinan tersebut.

Pelakon, Christin-Maria Lohri bertanya kepada lelaki itu adakah dia bersetuju untuk mengambil kucing tersebut sebagi isterinya dan Cecilia menyebut "Meow" sebelum merasmikan mereka sebagai pasangan 'manusia dan kucing'. Mari lihat video 'perkahwinan' mereka dibawah ni.

Video:

p/s: Sayang macam mana pun kat haiwan tu, fitrah dan lumrah alam sebagai seorang manusia yang dilupakan..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...