Jom Singgah Sini =)

Friday, 28 September 2012

[Terkini]: Jutawan Hong Kong Tawar US$60 Juta Bagi Lelaki Yang Sanggup Takluk Hati Puteri Lesbiannya =D

Alam perkahwinan amat penting bagi setiap pasangan yang berlainan jantina untuk melengkapi diri antara sama lain..Berpegang kepada prinsip tersebut, seorang ayah yang juga merupakan seorang ahli perniagaan terkenal di Hong Kong sanggup menawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak US$60 juta bagi lelaki yang sanggup menakluki hati anak perempuannya yang 'lesbian' ini..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Jutawan Hongkong, Cecil Chao, menawarkan wang sebesar 65 juta dollar AS kepada lelaki bujang yang boleh merebut hati puterinya yang lesbian.

Harian South China Morning Post edisi Rabu (26/9/2012), sebagaimana dikutip akhbar berita AFP, melaporkan, tawaran "pernikahan berhadiah" ini dilakukan setelah Chao gagal mengubah "selera" puterinya, Gigi Chao, yang awal tahun ini yang dikatakan berkahwin sesama perempuan selama tujuh tahun ini dengan pasangannya di Perancis.

"Saya tidak peduli lelaki ini kaya atau miskin. Yang penting bahawa dia murah hati dan baik," ujar Chao (76), sebagaimana dikutip harian South China Morning Post.

"Gigi adalah wanita dengan kemahiran yang baik dan cantik. Dia sangat taat pada orang tua, murah hati, dan senang membantu," ujar Chao. Chao juga menempelak apa yang dikatakannya sebagai "berita bohong" bahawa Gigi yang kini berusia 33 tahun telah menikah di luar negeri dengan pasangan sesama jenis.

Chao menilai Gigi masih bujang. Chao yang juga pemilik perusahaan hartanah Cheuk Nang, yang berdaftar di bursa saham setempat, sejauh ini belum boleh dihubungi soal tawaran ini. Pernikahan sesama jenis kelamin tidak diakui di Hong Kong.

Kota yang konservatif secara sosial ini menilai hubungan sesama jenis sebagai tindakan jenayah. Chao merupakan tokoh dan banyak dikenal dalam lingkaran sosial di Hongkong. Dia sering kali tampil di muka akhbar dan berbagai acara dengan kekasihnya yang sangat muda.

Dia pernah dilaporkan mendakwa dirinya pernah mempunyai hubungan intim dengan sekitar 10,000 perempuan.


Video:

p/s: Untung ada bapa prihatin macam ni..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...