Jom Singgah Sini =)

Friday 28 September 2012

[Gambar]: Nenek Cantik Dipilih Jadi Cheerleader NFL =D

Bagi sesetengah wanita, umur diri yang semakin meningkat sering menjadi penghalang kepada mereka untuk mewujudkan impian masa kecil mereka..Walaubagaimana pun, berbekalkan umur yang telah lanjut, ia tidak mampu menghalang Suzie Sanchez daripada meneruskan impian nya sebagai ahli pasukan sorak untuk NFL..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Suzie Sanchez yang sudah berumur 37 tahun terpilih menjadi salah seorang ahli cheerleader — yang terkenal dengan wanita cantik, ceria, lincah, dan muda. 

Statusnya sebagai ibu kepada tiga orang anak, dan nenek kepada seorang cucu tak membuat impiannya sejak berusia lapan tahun — ketika mulai belajar menari, hilang begitu sahaja. 

Pasukan Oakland Raiders — salah satu pasukan yang bertanding dalam National Football League (NFL), liga sepakbola ala Amerika memilihnya untuk bersorak di pinggir lapangan selama musim pertandingan tahun 2011-2012. 

Sanchez terpilih melalui audition yang ketat. Ia membuat hakim terpaku dengan kemampuanya menari, keahlian, dan penampilannya. Dengan terpilihnya Sanchez, kini dia adalah wanita yang tertua di antara ahli pasukan sorak Raiders. 

“Saya hanya boleh menangis,” kata Sanchez setelah mendengar nombor nya, 45, disebutkan. “Emosi saya meluap-luap, aku bersyukur tak pernah menyerah kalah selama ini.” 

Susie bukanlah nenek pertama yang menjadi ahli pasukan sorak di Raiders. Pasukan itu sebelumnya juga pernah memiliki Kathy Ferrin yang terus aktif meski pun telah menjadi nenek pada tahun 2003-2004. Bezanya, Ferrin sudah menjadi ahli cheerleader sejak muda lagi. 

Tapi apakah ini membuat Susie Sanchez cheerleader tertua di NFL? Sayangnya, tidak, kerana ahli cheerleader yang tertua adalah Laura Vikmanis, berusia 42, dan masih kuat melompat dan berteriak memberi semangat.


Sumber: VIVANews

p/s: Nenek pun nampak 'bergetah' lagi, macam mana tak terpilih..Hehehe =D

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...