Jom Singgah Sini =)

Tuesday 21 August 2012

Tasik Crescent: Oasis Padang Pasir Di China *0*

Oasis selalunya sinonim dengan keadaan negara-negara yang terletak di padang pasir contohnya seperti di Mesir, Afrika, Arab Saudi dan lain-lain lagi..Namun, di negara China, terdapat sebuah oasis padang pasir yang dikenali sebagai Tasik Crescent, iaitu salah satu daripada laluan sutera pada satu masa dahulu..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Tasik Crescent ini terletak kira-kira 6 kilometer (3.73 batu) daripada pinggir bandar Dunhuang di Barat China merupakan tasik yang amat istimewa di Gurun Gobi. Juga dikenali sebagai Yueyaquan dalam kebudayaan China, tasik yang berbentuk seperti bulan sabit tersebut menjadi daya tarikan pelancong yang utama dimana di tasik tersebut jugalah terletaknya kuil Buddha yang terbesar di dunia.

Diiktiraf sebagai salah satu tapak warisan dunia (UNESCO), saiz tasik tersebut telah berkurangan semenjak tahun 1970an dan sekarang hanya berkapasiti satu pertiga daripada bentuknya yang asal. Dalam jangka masa 3 dekad kebelakangan ini, kadar air nya telah mula berkurangan sebanyak 25 kaki. 

Walaubagaimanapun, satu laporan telah mengatakan bahawa pihak kerajaan akan akan mengambil langkah untuk menjaga kawasan tasik tersebut dan mengembalikan kandungan air di tasik berkenaan pada kadar sebelumnya.


p/s: Macam kuil kung fu Shoulin pun ada jugak 0.0



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...