Jom Singgah Sini =)

Thursday 30 August 2012

[Gempak]: Tablet Mewah Keluaran Lamborghini =D

Kenderaan keluaran syarikat automotif terkenal dunia yang berasal dari Itali ini sememangnya dikenali kerana kenderaan yang dikeluarkannya super mewah, reka bentuk yang menarik, laju dan sesuai digayakan oleh golongan elitis. Namun, disebalik pengeluaran kenderaan, Lamborghini juga telah berjaya mengeluarkan gajet tablet yang diberi nama Lamborghini L2800..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


Walaupun reka bentuk dan stail tablet Lamborghini L2800 sangat bergaya, namun perkakasan yang digunakan untuk tablet berkenaan hanya sederhana sahaja. Ap yang membuatkan harganya mencecah USD$2,300 adalah disebabkan penggunaan nilam kristal.

Butiran Teknikal:

-  Skrin display berukuran 9.7 inci

-  1024 x 768 resolusi pixel.

-  Prosessor 1.2 GHz Qualcomm Snapdragon.

-  Guna pelantar sistem Android 2.3 Gingerbread (mungkin telah dinaik taraf kepada Android 4.0 Ice Cream Sandwich)

-  4GB memori dalaman dan 512MB RAM

-  Kapasiti penyimpanan 4GB

-  Bateri 7500mAh

-  Kamera hadapan 2 MP

-  Kamera belakang 5 MP




p/s: Pengeluar tablet yang lain tak rasa tercabar ke? Hehehehe..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...