Jom Singgah Sini =)

Wednesday 29 August 2012

[Gambar]: Bangsa Manusia Baru Ditemui *0*

Pada masa dahulu, kita mungkin menganggap yang Bumi pada ketika itu hanya di dominasi oleh bangsa manusia yang dikenali sebagai homo sapien, iaitu bangsa manusia pada hari ini..Namun, baru-baru ini, pihak saintis sudah pun menemui fosil manusia baru yang berbeza daripada spesies manusia sekarang..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


Baru-baru ini, terdapat sejenis fosil manusia telah ditemui di utara Kenya yang mendedahkan bahawa terdapat satu bangsa manusia baru telah dijumpai. Para saintis menyatakan, kurang daripada 2 juta tahun yang lalu, telah wujud satu spesies manusia baru yang sebelum ini tidak pernah diketahui.

Hasil kajian penemuan terbabit telah membuktikan bahawa pada masa yang sama terdapat 3 jenis golongan manusia yang berbeza telah wujud bersama di Afrika dan menyangkal sama sekali teori yang mengatakan manusia zaman sekarang wujud daripada evolusi primat.

Ahli-ahli antropologi mendapati 3 fosil tengkorak manusia, tulang muka dan rahang berserta gigi dianggarkan berusia kira-kira 1.7 juta dan 1.9 juta tahun lamanya. Penemuan ini mengesahkan teori bahawa wujud satu bangsa manusia yang dikenali sebagai Homo Rudolfensis, iaitu sejenis bangsa manusia yang mempunyai otak yang agak besar dan panjang serta bermuka rata.

Dalam tempoh masa 40 tahun yang lalu, mereka hanya mempunyai satu sampel fosil tengkorak berkaitan bangsa manusia baru itu, namun kini, mereka mempunyai lebih banyak dari itu. 

Terima kasih kepada penemuan itu, kini para saintis boleh membuat kesimpulan dengan lebih yakin bahawa Homo Rudolfensis merupakan spesies asing manusia yang benar-benar telah wujud bersama dengan bangsa manusia yang lain yang dikenali kira-kira 2 juta tahun lampau.


p/s: Teori Charles Darwin terbukti merapu dan mengarut..



2 comments:

Unknown said...

aku kadang2 ragu2 jugak lah sochai, dorang nie mendokong ideology darwin ke sampai nak samakan manusia dengan beruk? adoiyai.. sampai imej pun nak samakan macam rupe beruk..entah2 tu beruk purba je kan..


Serius WTF : FEMEN Protests Bloodthirsty Islamist

Tutorial : Unlock Blocked Website

Gambar : Air Pancut 800 Juta Di Dubai

Gambar : Puak Dani di Papua New Guinea[Mesti Tengok]

shuttet said...

aku sendiri pun was-was..takkan manusia baru tu beruk jugak kot? =,='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...