Jom Singgah Sini =)

Saturday 25 August 2012

[Gambar + Video] Orapup: Berus Gigi Khas Untuk Anjing =D

Berus gigi lazimnya digunakan oleh manusia untuk membantu menyegarkan bau nafas mulut dan mencegah daripada kerosakkan gigi..Tapi, sekarang, berus gigi juga di datangkan khas untuk kegunaan haiwan seperti anjing yang di kenali sebagai Orapup..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca kat bawah ni..


Orapup telah direka khas yang berfungsi sebagai berus gigi untuk anjing. Ia digunakan untuk membersihkan gigi dan lidah anjing anda dan meninggalkan bau yang menyegarkan. Rekaan nya yang mesra kepada anjing juga memudahkan penggunaannya kerana anjing anda hanya perlu menjilat berus gigi berkenaan dan hasilnya juga pantas kelihatan.

Pereka Orapup, Dr. Robert K. Wagstaff telah mereka beberapa jenis model ujian yang berlainan dan mengeluarkan hanya yang terbaik dan selesa untuk manusia dan anjing. 

Bulu-bulu berus yang digunakan jugak agak selesa dan lembut. Terdapat 4 bahagian pada permukaan berus berkenaan yang membantu mengumpul dan membasmi bakteria. Bagi menyegarkan bau nafas anjing anda, terdapat sejenis gel yang kelihatan seperti ubat gigi didatangkan bersama produk Orapup ini. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat gel tersebut telah pun diuji oleh pihak FDA dan perisa yang digunakan adalah perisa daging.

Berlainan dengan berus gigi manusia, berus gigi untuk anjing ini tidak akan meninggalkan bau nafas seperti pudina pada mulut anjing anda. Ia hanya berperanan untuk menghapuskan bakteria dan mengekalkan bau nafas segar untuk jangka masa yang panjang.

Harga pasaran Orapup pada ketika ini ialah USD$12 dan mungkin akan meningkat kepada USD$15. Orapup diramalkan akan mula dijual kepada pengguna pada tahun hadapan. Ia akan didatangkan dalam bentuk pakej yang mempunyai satu unit berus Orapup, 5 unit gel berperisa dan 2 unit produk lain daripada syarikat pengeluar. Sekiranya tiada halangan, Orapup mungkin akan mula memasuki pasaran seawal-awalnya pada sambutan Krismas tahun ini.


Video:


p/s: Lepas ni, anjing akan lebih rajin gosok gigi dari manusia..Hehehe..

* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...