Jom Singgah Sini =)

Sunday, 26 August 2012

[Gambar]: Penyembur Anti-Bunuh Diri Untuk Tentera US Yang Mengalami Tekanan Jiwa..

Semasa berlakunya pencerobohan tentera Amerika Syarikat ke atas Iraq dan Afghanistan, bilangan tentera Amerika yang membunuh diri semakin membimbangkan..Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat setuju untuk memperuntukkan USD$3 Juta untuk mencari penawar..Nak tahu dengan lebih lanjut apa rupa penawar bunuh diri ni, meh usha kat bawah ni..


Setiap 80 minit, seorang tentera US akan membunuh diri dan pakar-pakar psikologi telah mula membincangkan masalah ini sebagai satu wabak penyakit yang membimbangkan. Dalam masa itu, pihak tertinggi tentera US telah meluluskan peruntukkan sebanyak USD$3 Juta bagi tujuan penyelidikan.

Profesor dalam bidang Neurobiology, Micheal Kubik kini telah berupaya mencipta sejenis ubat yang dikenali sebagai anti-bunuh diri dalam bentuk penyembur hidung (nasal spray). Ubat yang dikenali sebagai "penyembur harapan" itu dikatakan mampu memberi kesan kepada proses otak untuk menghentikan satu tindakbalas yang memberikan respons untuk membunuh diri, tekanan dan tingkah laku bipolar.

Kini, hanya kajian selanjutnya yang mampu menunjukkan sama ada semburan tersebut mampu menyelamatkan nyawa manusia atau tidak. Walaubagaimanapun, para saintis sedar bahawa semburan ini bukan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta baru-baru ini telah menghantar satu memo dalaman kepada pegawai-pegawai tertinggi tentera dan pegawai awam di Amerika Syarikat yang menyimpulkan bahawa bunuh diri merupakan salah satu masalah paling kompleks yang sedang dihadapi oleh Jabatan Pertahanan pada masa ini.


p/s: Mungkin ubat ni boleh membantu mengurangkan bilangan kes bunuh diri di Malaysia kelak..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...