Jom Singgah Sini =)

Wednesday 18 July 2012

Saintis Jepun Cipta Air Bersifat Elastik *0*

Air merupakan bahan yang boleh meliputi kesemua 3 elemen seperti pepejal (disejukbekukan), cecair (bentuk asal air) dan gas (wap air)..Walau bagaimana pun, saintis Jepun telah pun mencipta sejenis air bersifat elastik yang boleh dikembangkan penggunaan nya..Nak tahu bagaimana "air elastik" ini diperbuat dan kegunaan nya di masa hadapan, meh baca kat bawah ni..


Menurut Agensi Sains dan Teknologi Jepun (JST), saintis Jepun telah pun mencipta sejenis bahan yang dikenali sebagai "air elastik". Seperti yang dilaporkan di siaran berita Japan's National TV (NHK), sekumpulan saintis Jepun daripada Universiti Tokyo itu telah mencipta sejenis bahan yang mengandungi 95% air. 

Bahan tersebut dihasilkan dengan mencampurkan 2 grams tanah liat dan sejumlah kecil bahan organik ke dalam air biasa, dan dikatakan bahan yang kelihatan seperti gel ini mampu digunakan di dalam dunia perubatan bagi tempoh yang sangat lama terutamanya dalam proses penyambungan semula tisu kulit manusia.

Sekiranya para saintis berjaya menambahkan ketumpatan bahan tersebut, ia mungkin dapat dikembangkan penggunaannya bagi menghasilkan bahan plastik yang bersih dari segi ekologi.

Laporan mengenai hasil penyelidikan ini pernah diterbitkan di dalam majalah saintifik British, "Nature" dalam keluaran nya yang terkini.

p/s: Macam 'agar-agar' je =D



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...