Jom Singgah Sini =)

Wednesday 18 July 2012

[Gempak]: Patung Yang Diperbuat Daripada 3,500 Telefon Pintar *0*

Dengan perkembangan teknologi masa kini, hampir seluruh masyarakat dunia hari ini menggunakan telefon pintar yang moden dan sofistikated..Namun, bagaimana sekiranya telefon pintar yang kita guna pakai hari ni dijadikan salah satu bahan untuk membina arca? Mesti menarik kan? Kalu nak tahu, meh usha kat bawah ni..


Huawei, sebuah syarikat pembekal alatan telekomunikasi dan informasi global telah melakukan satu daya kejutan baru-baru ini di luar pintu masuk ke Mobile World Congress 2012 di Barcelona. 

Bagi mempromosikan produk terbaru mereka, Ascend D Quad, syarikat tersebut telah mendirikan sebuah patung kuda bersayap yang digelar sebagai "Pegasus" daripada 3,500 telefon pintar. Patung ini mengambil masa selama 720 jam untuk dibina.

Rangka arca ini dibina daripada 3,500 rod sokongan, bersamaan kira-kira 2,000 kaki dan telefon pintar tersebut telah dilekatkan bersama menggunakan sticky pads. Arca ini setinggi 19 kaki dengan lebar sayap 16 kaki dan sejenis filem jernih digunakan untuk menambah seri kilauan arca tersebut.





Video:

p/s: Telefon tu mau bagi kat aku satu pun baguih..Huhuhuhu..


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...