Ingat tak lagi rentetan kejadian rusuhan yang berlaku di London dalam tanggal tahun 2010 yang lalu di mana melibatkan sekumpulan perusuh yang terdiri daripada pelajar yang membantah kenaikan yuran pengajian mereka..Kini, walaupun kejadian tersebut telah lama berlalu, ia bakal berlaku semula di dalam sebuah permainan video yang direka khas..Nak tahu apa game tersebut, meh usha kat bawah ni..
Rusuhan memang tidak akan pernah menghasilkan keputusan yang positif sama sekali. Berarak dengan niat untuk menimbulkan keganasan sehingga menghancurkan apa yang berada di depan mata, tidak ubah seperti masyarakat yang tidak mengamalkan nilai-nilai ketamadunan yang tinggi. Kejadian rusuhan di London menjadi contoh yang paling ketara. Bermula dari sebuah insiden yang kecil, rusuhan bertukar kepada kejadian sehingga membuat beberapa kota besar di Britain jatuh dalam kekacauan. Ratusan orang yang bertaggungjawab telah pun ditahan, namun kadar korban juga dikatakan meningkat.
Aaron Biber, veteran Perang Dunia Kedua yang kini sudah berusia 89 tahun harus menanggung akibat tanpa sebab yang jelas. Usaha nya membuka sebuah kedai yang menjadi tumpuan hidupnya tiba-tiba musnah seketika. Beberapa orang perusuh memanfaatkan kesempatan dalam keadaan huru-hara ini untuk menjarah dan mencuri beberapa benda berharga yang boleh didapati dari kedai-kedai di sekitar tempat, termasuk kedai yang diusahakan Biber. Pelbagai simpati dan empati datang dari seluruh pelusuk dunia ketika kejadian rusuhan ini mulai tersebar di dalam Internet pada ketika itu. Bahkan sebuah permainan video turut lahir dari inspirasi kejadian tersebut.
Kenny Vleugels, 21 tahun, seorang pereka permainan video dari Belanda mencipta sebuah game berjudul "London Looters" bagi memberi gambaran mengenai kejadian rusuhan di London.
Di dalam game ini, anda akan memainkan peranan sebagai seorang pemilik kedai yang berusaha melindungi tiga benda utama: Nintendo Wii, televisisyen, dan iMac dari usaha penjarahan pihak perusuh. Karakter anda akan dibekalkan dengan sebuah kayu pemukul sebagai senjata utama. Musuh (perusuh) yang hadir juga datang dengan pelbagai cara dan taktik, yang memerlukan kebijaksaan anda mengawal barang-barang tersebut.
p/s: Kalau korang nak main game ni, meh singgah kat sini =D
* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *
No comments:
Post a Comment