Jom Singgah Sini =)

Saturday, 21 July 2012

[Gambar]: Taman Beracun Di England *0*

Selalunya taman bunga menjanjikan pemandangan yang indah disertakan bersama bunga-bunga yang menarik dan berbau harum..Namun, di England terdapat sebuah taman bunga yang bukan sahaja mempunyai tanaman bunga yang menarik, malahan kebanyakkan daripadanya adalah beracun dan berbahaya untuk disentuh dan dihidu..Nak tahu cerita lanjut, meh usha kat bawah ni..



Taman Alnwick merupakan sebuah kompleks taman formal yang terletak bersebelahan dengan Istana Alnwick di bandar Alnwick, Northumberland, England. Taman ini telah diilhamkan daripada taman-taman botanikal legenda di Padua oleh seorang wanita bangsawan Inggeris bagi mendedikasikan sepenuhnya kepada flora yang membawa maut dan/atau narkotik ini.

Disebalik pintu hitam yang besar tersebut mengandungi kira-kira 100 jenis tumbuhan pembunuh legenda seperti Atropa Beladonna (deadly nightshade), Strychnos nux-vomica (strychnine), dan Conium maculatum (hemlock).  


Di sekeliling taman tersebut juga mempunyai panduan bagi menerangkan sifat-sifat beracun tumbuhan terutamanya bagi kanak-kanak yang mempunyai sifat ingin tahu dari tumbuh-tumbuhan tersebut dan memberi amaran kepada mereka: "Jangan sentuh dan bau mana-mana tumbuhan. Ia boleh membunuh anda."


Tumbuh-tumbuhan ini ditanam di taman tersebut buat pertama kalinya pada tahun 1750 oleh Duke yang pertama dan telah melalui beberapa proses pengubahan sepanjang Perang Dunia Ke-2. Pada tahun 1950, taman ini pernah ditutup, namun ia telah dibuka semula menjadi sebuah taman yang serba baru dan moden. 


Disebabkan bahaya racun yang ditimbulkan oleh tumbuh-tumbuhan di sini amat nyata (ada yang boleh membunuh melalui sentuhan), sesetengah daripada tumbuhan ini disangkar, dan ada yang dijaga dengan sekuriti 24 jam sehari. Bahagian-bahagian lain yang terdapat di taman tersebut adalah sebuah rumah pokok dan pengunjung juga berpeluang untuk melihat sebahagian Istana Alnwick yang pernah menjadi sekolah sihir Hogwarts di dalam filem pertama Harry Potter. 




p/s: Ada sapa ke yang teringin nak pergi taman ni? =D


" Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

1 comment:

Oniria Nokturn (Nieumarła) said...

Bardzo dobre zdjęcia i ciekawe miejsce. Wydawało się, że to cmentarz a to ogród z THC

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...