Jom Singgah Sini =)

Monday 4 June 2012

[Video]: Aiskrim Kontroversi, Diperbuat Daripada Absinthe & Holy Water *0*

Aiskrim merupakan makanan ringan yang amat digemari oleh semua orang tanpa mengira peringkat umur..Ia mempunyai pelbagai perasa lazimnya terdiri daripada perasa coklat, vanilla, strawberry dan pelbagai lagi perasa yang unik..Namun, di London, terdapat sejenis aiskrim yang mungkin bukan sahaja menjadi buruan para peminat makanan eksotik, tetapi juga bakal mendatangkan kontroversi..Kalau nak tahu apa dia, meh usha kat bawah ni..



Pengeluar aiskrim kontroversi sebelum ini, Matt O'Connor yang pernah mengeluarkan aiskrim yang diperbuat daripada susu manusia kini telah mencipta aiskrim dengan perasa baru yang menggabungkan absinthe (sejenis minuman yang tinggi kandungan alkohol nya) dan air suci (Holy Water pengganut Kristian).

Dipasarkan dalam bentuk pistol, aiskrim yang dinamakan sebagai "Vice Lolly" itu terdiri daripada satu per-empat daripada 80% absinthe (alkohol) dan Holy Water yang diperolehi dari Lourdes di Perancis. Aiskrim yang berwarna hijau ini hanya boleh di beli di London dan berharga 18.58 pound setiap satu. Di sini, apa yang menjadi sumber kontroversi adalah bahan perasa nya.



p/s: Macam ni punya perasa pun ada ka? =,='


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...