Jom Singgah Sini =)

Sunday, 17 June 2012

The Dahomy Amazone: Para Pejuang Wanita Di Amazon *0*

Sifat kepahlawanan dikatakan sering di dominasi oleh kaum lelaki..Namun, di sebuah peradaban yang lalu, kebanyakkan nya, kaum wanita telah dilatih untuk menjadi pejuang kebebasan menentang penjajahan kolonial..Mereka dikenali sebagai "The Dahomy Amazone"..Nak tahu siapa "The Dahomy Amazone" ni, meh baca kat bawah ni..


Dahomy Amazone, atau dikenali juga sebagai Mino, adalah Fon (kelompok etnik yang bertutur dalam bahasa utama Afrika Barat di negara Benin, dan barat daya Nigeria) sekumpulan pejuang yang majoriti nya adalah perempuan di sebuah Kerajaan Dahomey (sekarang dikenali sebagai Benin), yang aktif sehingga sampai akhir abad ke-19. 


Mereka dinamakan sedemikian oleh penjajah Barat dan sejarawan kerana persamaan mereka dengan masyarakat semi-mitos Amazon Anatolia kuno dan Laut Hitam. 


Para pejuang Mino ini direkrut daripada golongan Ahosi (“isteri raja”), yang sering berjumlah ratusan orang. Mereka dilatih dengan latihan fizikal yang keras dan diberi penekanan dalam soal disiplin. 


Pada zaman-zaman terakhir, mereka dilengkapi dengan dengan senapang Winchester dan pisau.Unit ini berada di bawah pimpinan seorang perempuan. Tawanan yang jatuh ke tangan pejuang Amazon ini sering dipenggal kepala. 


Tentara Perancis banyak menjadi korban ketika bertempur menentang mereka kerana cara para pejuang perempuan dalam pertempuran tersebut sering disebut sebagai ” kecekapan dan kesungguhan setiap pejuang Amazon ini adalah setara dengan tentara elite lelaki dari pihak negara kolonial”.


Bekas pejuang Amazon of Dahomey terakhir meninggal pada tahun 1979.






p/s: Baru aku tahu kat Amazon ada puak pejuang yang terdiri daripada kaum wanita..Hebat! *0*


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...