Jom Singgah Sini =)

Friday 6 April 2012

Kisah Wanita Pakistan Berwajah Buruk..

Selalu nya, kalau kita terpandang atau melihat wajah seseorang yang cantik dan menawan, mesti kita rasa beruntung kalau memilikinya..Tapi, kalau kita melihat seseorang dengan wajah yang buruk dan hodoh, mesti majoriti daripada kita akan mengutuk dan mengeji orang tu..Tapi, pernah tak kita rasa macam nak ambil tahu, kenapa wajah dia jadi macam tu? Tak pernah kan?

So, hari ni, aku ingat nak kongsi sedikit cerita tragis pasal seorang wanita daripada Pakistan yang mempunyai wajah yang rosak, buruk dan hodoh..Kalau nak tahu kenapa muka dia jadi macam tu, meh baca kat bawah ni..

Seorang wanita Pakistan telah membunuh diri setelah 12 tahun hidup terseksa dengan keadaan wajah yang rosak teruk akibat di simbah asid oleh bekas suaminya. Bekas penari berumur 33 tahun itu dikatakan terjun daripada lantai enam sebuah gedung membeli-belah di Rom, Itali.


~ Bekas suami Fakhra Younus, Bilal Khar yang dibebaskan pada tahun 2003 berkaitan kes serangan asid tersebut ~

Akibat serangan asid pada Mei 2000 yang lalu, Fakhra Younus telah mengalami kerosakkan wajah yang amat mengerikan. Bahkan Younus sendiri telah menyebut dirinya kelihatan "tidak seperti manusia".


Peristiwa itu berlaku di depan mata anak lelaki Younus yang ketika itu masih berumur 5 tahun. Saat itu, bekas suaminya, Bilal Khar masuk ke rumah ibu kepada Younus dan menyimbah asid ke wajah wanita itu sewaktu dirinya sedang tidur. Punca yang menyebabkan Khar mengambil keputusan itu tidak dapat dipastikan.


Akibat serangan itu, seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, Kamis (29/3/2012), Younus mengalami keadaan yang sangat kritikal. Hidungnya kelihatan seperti mencair, manakala wajahnya pula kelihatan menghitam. Sejak kejadian itu, Younus telah 39 kali menjalani pembedahan secara berasingan untuk memperbaiki wajahnya yang rosak.


Serangan mengerikan itu juga telah membakar rambutnya, membuatkan nya buta sebelah matan, menghancurkan telinga kirinya dan bahkan mencairkan kedua payudaranya. Selepas kejadian, anak lelakinya menjadi sangat takut apabila melihat Younus dan berkata, "Ini bukan ibu saya".


Selepas peristiwa tersebut, Younus berpindah ke Itali dan tinggal di Rom bagi melanjutkan proses rawatannya. Namun pada 17 Mac yang lalu, ibu tunggal beranak satu itu akhirnya menamatkan riwayatnya. Dia meninggalkan pesan yang menyebut dia terpaksa membunuh diri kerana tiada pembelaan ke atas kekejaman yang dialaminya serta ke tidakadilan pemerintah Pakistan berhubung kesnya.


Penyerang asid tersebut, Bilal Khar ditangkap pada tahun 2002 dan di kenakan dakwaan atas cubaan pembunuhan. Namun setelah lima bulan, lelaki kejam itu dibebaskan dengan jaminan.


Khar yang merupakan bekas anggota parlimen dan anak lelaki kepada seorang gabenor kaya Pakistan itu, akhirnya diputuskan tidak bersalah ke atas serangan itu. Dia dikatakan telah  menggunakan pengaruh keluarganya untuk meloloskan diri daripada dakwaan tersebut.


Menurut organisasi HAM wanita, The Aurat Foundation, lebih dari 8,500 kes serangan asid, perkahwinan secara paksa dan bentuk-bentuk lain kekerasan terhadap kaum wanita dilaporkan telah berlaku di Pakistan sehingga tahun 2011.






Sedih kan? Tambah-tambah pulak bila anak sendiri dah tak kenal..Sentap rasa hati ='(


p/s: Setiap manusia menyimpan kisah nya yang tersendiri, bergantung kepada diri kita bagaimana untuk memahaminya..


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *



1 comment:

MeLyssa NaDiea MRY said...

laki dia kuat jeles kot..dah la lawa..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...