Jom Singgah Sini =)

Saturday, 10 March 2012

Kesian..Seumur Hidup Tinggal Dalam Sangkar..

Setiap manusia punyai hak dan inginkan kebebasan untuk bergerak ke mana-mana yang mereka inginkan..Namun, apa yang pasti, kebebasan tersebut nyata tidak dapat dikecapi oleh remaja ini yang buat seumur hidupnya terpaksa tinggal di dalam kurungan..Kalau nak tahu, meh baca kat bawah ni..

Wei Yun, seorang remaja yang berasal daripada Wilayah Guangzhi Selatan di mana dia tidak boleh bercakap dan berjalan terpaksa tinggal di dalam kurungan hanya disebabkan dia tidak sengaja telah menjatuhkan sebuah bekas yang mengandungi air panas. Kejadian itu dikatakan hampir meragut nyawa nya sendiri sewaktu dia masih berusia 2 tahun.

Dia akan dikurung bersendirian untuk hampir sepanjang hari kerana tiada siapa yang ada dirumah untuk menjaganya memandangkan ayahnya bekerja jauh dari rumah dan ibu tirinya juga bekerja.

Seorang jiran berkata, "Ia merupakan satu pilihan yang sukar kerana hanya ibu tirinya sahaja yang terpaksa menjaga Wei Yun dan pada masa yang sama, dia harus bekerja untuk menyara kehidupan".

  




p/s: kehidupan yang amat menyedihkan..Hanya di dalam kurungan umpama sangkar kucing..Huhuhuhu..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...