Jom Singgah Sini =)

Tuesday, 6 March 2012

Gila! Usus Berlubang Kerana Telan Magnet..

Aiyooo..Ini la perkara yang kalau boleh kita sebagai ibu bapa cuba nak elakkan..Lepas ni, bagi korang yang ada anak kecik tu, tolong la letak barang-barang yang merbahaya atau kecil kat tempat lain..Takut kang budak-budak ni tertelan, dah macam-macam penyakit pulak yang diorang dapat..Tak pasal-pasal boleh membahayakan nyawa diorang..Please be alert!


Gara-gara menelan magnet mainan berkuasa tinggi, seorang kanak-kanak 3 tahun di Oregon nyaris maut dengan 3 lubang di perutnya. Dia boleh dikatakan sangat beruntung walaupun jumlah magnet yang ditelannya sangat banyak iaitu 37 biji.


Payton Bushnell (3 tahun), kanak-kanak perempuan yang berasal dari Oregon telah dilarikan ke hospital setelah menelan 37 biji magnet mainan yang berselerakkan di rumahnya. Meskipun hanya mainan, kekuatan magnet itu sangat tinggi dan tidak seharusnya berada di dalam badan nya.


Pada awalnya, Bushnell dibawa ke hospital oleh kedua orang tuanya di Portland kerana menyangka dia hanya terkena selesema. Namun, kerana tidak yakin dengan penyebabnya, doktor dengan pantas melakukan pemeriksaan terhadap perut Bushnell dengan menggunakan X-ray.


Hasil pemeriksaan menunjukkan, ada objek asing dalam perut Bushnell. Benda itu menyerupai bulatan kecil, yang berkumpul dalam posisi melingkar sehingga doktor menyangka kanak-kanak ini baru sahaja menelan sebuah gelang yang diperbuat daripada untaian manik.


Namun setelah dibedah, doktor mendapati bahawa benda yang pada mulanya disangka adalah gelang itu ternyata adalah magnet mainan yang berbentuk bulatan kecil seperti manik. Di dalam perut Bushnell, magnet itu berkumpul dan membentuk satu formasi bulatan yang menyerupai gelang.


"Dalam semua penelitian yang pernah saya lakukan, saya belum pernah menemui seseorang yang menelan magnet lebih dari 10 biji," kata Sandy Nipper, RN dari Randall Children's Hospital yang mengendalikan kes tersebut seperti yang dikutip dari NY Dailynews, Isnin (5/3/2012).


Para doktor menganggap kes ini sebagai satu keajaiban kerana setelah dibedah, keadaan Bushnell pulih dalam waktu yang terlalu singkat. Menurut Nipper, selama berada di dalam perut kanak-kanak tersebut, magnet itu dikatakan telah menembusi usus Bushnell di 3 tempat dan telah menyebabkan jangkitan.

p/s: Nasib baik tak jadi perkara yang tak di ingini kat budak tu, kalau tak, mau menyesal mak bapak budak tu..Huhuhuhu..


* Nak income lebih? Sertai Yoli sekarang! *

1 comment:

Anonymous said...

Nasib baik tak telan mak bapak nye sekali..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...